Seorang pelajar Malaysia yang ditikam 13 kali oleh tiga remaja di Nottingham pagi semalam waktu tempatan kini dilaporkan stabil.
Insiden berlaku apabila mangsa Ahmad Izat Ahmad Mazni dilapor baru selesai menonton perlawanan bola sepak.
Memetik laporan Nik Zakirah, Pengerusi Kelab UMNO Nottingham menerusi laman facebooknya, Ahmad Izat terpaksa menerima 11 jahitan akibat tikaman itu.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.