KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini menerima 30 unit bahan pameran interaktif bernilai RM1.5 juta daripada Pusat Sains Negara (PSN) yang bakal meningkatkan minat rakyat negeri ini terutama generasi muda dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Kurup berkata dengan penyerahan bahan pameran berkonsepkan astronomi, cabaran minda dan fizik itu, Pusat Sains UMS (U-Science) di sini menjadi destinasi bagi Program PSN Satelit selama dua tahun.
Beliau berharap dengan adanya pameran itu, U-Science dan UMS akan menjadi destinasi tumpuan lawatan sambil belajar terutama dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini bagi menyuburkan minat mereka terhadap bidang STI.
"Jalinan kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan U-Science, akan menjadikan UMS antara peneraju pusat pembelajaran STEM (Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi) di Sabah. Kerajaan Persekutuan dan negeri juga dalam peringkat perbincangan mewujudkan PSN Sabah.
"Sebagai langkah sementara, Progam PSN Satelit di U-Science ini diwujudkan bagi memastikan segenap lapisan masyarakat dapat memanfaatkan teknologi, produk dan perkhidmatan STI sekali gus meningkatkan minat anak-anak muda kita kepada bidang STEM," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Mobile Thematic Exhibition (MTE) PSN kepada U-Science di UMS di sini hari ini.
Mengenai pameran itu, Arthur berkata bahan pameran bagi cabaran minda dan fizik yang dibangunkan PSN mampu menguji kefahaman dan pemikiran kreatif seseorang dalam menyelesaikan masalah ringkas melalui teknik yang menarik.
Beliau berkata pameran astronomi pula memberi peluang kepada pelawat merasai pengalaman penerokaan ruang angkasa lepas dengan mempelajari asas seperti fasa bulan, buruj, serta fenomena yang berlaku di alam semesta.
Sementara itu, mengulas enrolmen rendah pelajar dalam aliran sains, beliau berkata sebab utama adalah minat pelajar yang cenderung terhadap bidang bukan berteraskan sains, selain menganggapnya sukar untuk difahami dan dikuasai, serta tidak berminat dengan bidang sains di sekolah.
Arthur berkata dapatan daripada Kajian Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malaysia pada tahun lepas itu juga mendapati, minat terhadap bidang STEM dalam kalangan pelajar adalah rendah iaitu hanya 40 peratus.
Menurutnya 81.1 peratus responden kajian itu memberi cadangan agar menggabungkan aktiviti praktikal dalam kelas sebagai antara cara terbaik meningkatkan minat pelajar dalam sains, selain mewujudkan kesedaran tentang sains bermula di sekolah rendah dan memberi lebih banyak pendedahan sains dalam kehidupan seharian.
"Justeru, kerjasama pelbagai rakan strategik yang berkepentingan adalah signifikan bagi memastikan STEM kembali menjadi bidang pilihan pelajar. Saya yakin usaha ini turut dilaksanakan secara berterusan menerusi Program PSN Satelit di antara PSN dan U-Science," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Arthur berkata bahan pameran bagi cabaran minda dan fizik yang dibangunkan PSN mampu menguji kefahaman dan pemikiran kreatif seseorang dalam menyelesaikan masalah ringkas melalui teknik yang menarik. - Gambar Bernama
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.
Konsep santai dan moden tarikan Perpustakaan Negeri Sembilan
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang berkonsepkan moden, santai dan interaktif menarik lebih ramai pengunjung sekali gus membawa manfaat serta memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.
FPM@KL 2024 hidupkan semula warisan permainan tradisional
FPM@KL 2024 suatu pengalaman baharu kepada kanak-kanak dan generasi muda, yang kini lebih sinonim dengan gajet dan permainan virtual.
Raja Zarith Sofiah gesa sektor swasta tingkat usaha bantu golongan muda
Raja Zarith Sofiah bertitah agar syarikat korporat dan perniagaan memainkan peranan aktif dalam menyediakan generasi muda ke arah masa depan yang lebih baik.
PRK Nenggiri: Generasi muda tagih peluang pekerjaan
Tanpa kehadiran tapak perindustrian, rata-rata penduduk di sini hanya bergantung harap kepada pekerjaan tradisional.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI
Konsep kesederhanaan dalam Islam menjadi antara fokus utama perbincangan Simposium Antarabangsa MADANI anjuran Universiti Islam Malaysia (USIM) pada 3 dan 4 Julai ini.
Tiba masa golongan muda ambil alih tugas tukang sembelih
Tiba masa golongan muda mengambil alih dan mendalami bidang penyembelihan haiwan ternakan daripada orang lama yang berpengalaman.