UMNO perlu bersedia membariskan pemimpin yang berkaliber, bersih dan disukai rakyat untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri sekiranya tidak bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kelak.
Ketua Pemuda UMNO Pagoh, Fazli Salleh berkata, pemilihan parti juga harus segera diadakan agar perwakilan dapat memilih pemimpin yang disukai rakyat.
Menurutnya, tindakan pantas perlu dibuat kerana UMNO tidak boleh memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya dengan undi ahlinya, tetapi undi rakyat juga.
BACA: Segerakan pemilihan UMNO: Beri peluang akar umbi tentukan pemimpin, hala tuju parti
“Persepsi rakyat yang menolak sesetengah pemimpin UMNO perlu diambil perhatian. UMNO perlu mengikut arus denyut nadi rakyat, bukan sentimen ahli UMNO semata-mata untuk menang PRU15.
“Kali ini perwakilan UMNO perlu bermentaliti untuk menang PRU, bukan setakat menang jawatan dalam parti sahaja.
“Tanpa menidakkan jasa-jasa pemimpin lama, UMNO perlu move on sebagai parti yang segar sepanjang zaman, parti yang dibarisi pelapis dari kalangan orang muda,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Fazli turut menyatakan rasa simpati dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diserang baik dari luar parti mahupun dari dalam.
“Sebelum kita desak diadakan PRU15, lebih baik UMNO bersedia dengan pimpinan yang terbaik agar rakyat kembali memilih UMNO dengan diadakan Pemilihan UMNO mengikut jadual.
“UMNO perlu gunakan peluang pemilihan parti untuk membuktikan bahawa kita selari dengan kehendak rakyat,” ujarnya.
BACA: UMNO lemas dalam kolam yang cetek - Shamsul Amri
Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang yang berkata, kluster besar dalam UMNO perlu berundur segera bagi mengelakkan kekalahan besar pada PRU14 berulang pada PRU15 nanti.
Katanya, pengunduran mereka juga dilihat perlu bagi membawa perubahan dalam UMNO supaya parti terus releven sebagaimana slogan parti iaitu dulu, kini dan selamanya.
Astro AWANI sebelum ini juga melaporkan UMNO kini diumpamakan ibarat sebuah parti yang lemas di kolam yang cetek, serta masih terkapai-kapai mencari haluan, selepas tewas pada PRU14, kata Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Ulung Shamsul Amri Baharuddin.
Dalam ruangan pendapat yang disiarkan oleh Sinar Harian, beliau berkata, kehilangan kuasa, keseluruhan organisasi UMNO mula terungkai dari atas hingga ke bawah, seperti 'si latah yang disergah, menanggal pakaian satu demi satu'.
Katanya lagi, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang sekian lamanya diibaratkan jantung dan otak UMNO, tidak berfungsi dengan baik, hingga mengakibatkan parti itu dikuasai pihak-pihak yang berkepentingan peribadi.
BACA: UMNO harus ambil iktibar ketabahan Anwar masuk penjara - Bersatu Kepong
Astro Awani
Fri Jan 15 2021
Tindakan pantas perlu dibuat kerana UMNO tidak boleh memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya dengan undi ahlinya tetapi undi rakyat juga. - Gambar fail
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.