SANDAKAN: Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) merupakan gabungan ilmu dan kemahiran tinggi yang dapat menghasilkan modal insan yang cemerlang serta berkualiti, seterusnya melahirkan banyak peluang yang mengubah kehidupan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Titah baginda hasrat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk mentransformasi politeknik dan kolej komuniti diharapkan dapat direalisasikan.
"Pembangunan modal insan ini penting dalam mendepani cabaran pada masa akan datang bagi melahirkan keperibadian rakyat yang unggul.
"Justeru, berikut antara perkara yang perlu diberikan perhatian - prasarana kondusif, peningkatan kemajuan sektor pertanian, usaha kajian dan inovasi bidang pertanian, serta saranan pelajar menggunakan peluang menyerlahkan potensi diri sendiri," titah baginda ketika merasmikan Program Titian Kasih di Politeknik Sandakan dekat sini hari ini.
Sempena program itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan merasmikan Pusat Kajian dan Akuakultur Politeknik Sandakan.
Program Titian Kasih, yang dianjurkan sempena Eksesais Kerajaan Perlis-Sabah (Eks Perbah), merupakan program pembangunan modal insan melibatkan pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi.
Baginda turut berkenan merasmikan program serupa di Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini, dan berkenan merasmikan perpustakaan fakulti itu serta menyaksikan majlis menandatangani surat niat antara UMS dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) bagi mengembangkan kerjasama dalam bidang pertanian dan agroteknologi lestari.
Surat niat itu ditangani oleh Naib Canselor UMS Datuk Dr Kasim Mansor dan Naib Canselor Unimap Datuk Dr Zaliman Sauli.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan menyampaikan Titah Diraja pada program Titian Kasih 2023 sempena lawatan kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (EKS PERBAH) 2023 di Politeknik Sandakan hari ini. - Foto BERNAMA

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Malaysia perlu bergerak jadikan TVET pilihan utama lepasan sekolah menengah - Ahmad Zahid
Malaysia perlu bergerak ke arah menjadikan bidang TVET sebagai pilihan utama lepasan sekolah menengah.

Kerajaan setuju tubuhkan Program TVET Khas Wanita - Ahmad Zahid
Kerajaan bersetuju menubuhkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Khas Wanita bagi meningkatkan kemahiran golongan itu.

TVET mampu bantu keluar daripada kitaran kemiskinan
TVET juga mampu kurangkan jurang kelas pendapatan antara masyarakat dalam mewujudkan rakyat yang saksama serta berdaya saing.

Kementerian Pertahanan susun pendekatan perkasa TVET untuk anak tentera
Antara inisiatif dilakukan ialah mengadakan pertemuan dengan Petronas dan TNB untuk merangka program bersesuaian dan padanan pekerjaan untuk anak tentera.

Ahmad Zahid mahu kebolehpasaran graduan TVET ditingkatkan
Permintaan terhadap graduan TVET kini terus meningkat, malah ada graduan yang memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding pekerja dalam bidang bukan teknikal dan kemahiran.

TVET dapat hasilkan modal insan cemerlang, berkualiti - Raja Muda Perlis
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) merupakan gabungan ilmu dan kemahiran tinggi yang dapat menghasilkan modal insan yang cemerlang serta berkualiti.

Pelajar keciciran disyorkan sambung belajar TVET KPLB - Mahdzir
Bidang TVET menawarkan kursus yang seiiring dengan keperluan industri ketika ini sekali gus menjamin masa depan pelajar.

KSM sasar Tahfiz-TVET dilaksana seluruh negara - Awang
Ia bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pelajar tahfiz dalam pelbagai bidang TVET di samping menyediakan pekerja berkemahiran bagi menuju ke arah negara industri.

Ubah mentaliti untuk tingkat keberhasilan TVET - Maszlee
Keberhasilan TVET bukan hanya terletak pada aspek sistem, malah memerlukan perubahan mentaliti dan kerjasama erat dengan industri, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Lepasan TVET kini terima gaji lebih tinggi - Mahfuz
Diharapkan baki kira-kira 40 peratus majikan dapat menggajikan graduan TVET dengan bayaran yang setimpal dengan kelayakan dan kemahiran.