ARAU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu kebolehpasaran graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ditingkatkan melebihi tahap semasa iaitu 90 peratus.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ketika ini terdapat 280 institusi TVET di bawah KKDW serta agensi kementerian itu dan ada antara bidang terlibat, termasuk berkaitan penyelenggaraan kapal terbang, telah mencapai 98.4 peratus tahap kebolehpasaran graduan.
"Inilah yang mahu kita buktikan kepada masyarakat bahawa pelaburan yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui TVET khususnya di bawah KKDW akan memberikan keberhasilan yang baik," katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW, di sini pada Rabu.
Ahmad Zahid berkata permintaan terhadap graduan TVET kini terus meningkat, malah ada graduan yang memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding pekerja dalam bidang bukan teknikal dan kemahiran.
Beliau berkata ramai teknokrat dari negara maju seperti Jerman, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat juga datang daripada bidang TVET.
Justeru, Ahmad Zahid berkata masyarakat perlu sedar mengenai kepentingan TVET dan ia tidak harus dijadikan pilihan kedua bagi para pelajar yang tidak memperoleh pencapaian baik dalam bidang akademik.
Tambah beliau, pelajar yang memasuki bidang TVET turut berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, sama ada diploma, ijazah dan doktor falsafah (PhD), bagi menambah kemahiran dan meningkatkan kebolehpasaran mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023

Ahmad Zahid mahu kebolehpasaran graduan TVET di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ditingkatkan melebihi tahap semasa iaitu 90 peratus. - Foto fail/BERNAMA

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

Ahmad Zahid mahu kebolehpasaran graduan TVET ditingkatkan
Permintaan terhadap graduan TVET kini terus meningkat, malah ada graduan yang memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding pekerja dalam bidang bukan teknikal dan kemahiran.