KUALA NERANG: Pelajar yang tercicir daripada persekolahan disaran mengambil peluang mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata bidang TVET menawarkan kursus yang seiiring dengan keperluan industri ketika ini sekali gus menjamin masa depan pelajar.
"Saya mengesyorkan pelajar-pelajar yang keciciran sekolah ini jika dia tidak berminat dalam bidang akademik lagi dia boleh pergi kepada bidang kemahiran yang ditawarkan TVET.
Kita ada GiatMara, Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan lain -lain yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya pada Majlis Perasmian Kolokium Kaunseling Murid Berisiko Cicir Negeri Kedah, di sini hari ini.
Sehingga Mac lepas, jumlah pelajar TVET KPLB mencecah 48,785 yang belajar di 280 institusi TVET di bawah KPLB.
Sementara itu, Mahdzir berkata kes keciciran sekolah di kawasan luar bandar masih terkawal yang membabitkan pelbagai faktor antaranya masalah keluarga dan kemiskinan.
"Jumlah pelajar yang tercicir tidaklah ramai berbanding jumlah lima juta pelajar sekolah di seluruh negara, (tapi) perlu ada modul untuk menarik mereka kembali ke sekolah dan sekiranya mereka tidak berminat kita cadang mereka ke laluan TVET," katanya.
Mahdzir berkata kolokium yang diadakan itu bertujuan mengenal pasti punca pelajar tercicir selain merangka modul sesuai untuk menarik minat pelajar terbabit kembali ke sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata bidang TVET menawarkan kursus yang seiiring dengan keperluan industri ketika ini sekali gus menjamin masa depan pelajar. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Isu pelajar tercicir perlu penglibatan NGO, badan korporat - Untuk Malaysia
Zul Fikri percaya jumlah sebenar pelajar yang tercicir adalah jauh lebih ramai daripada apa yang dilaporkan