SHAH ALAM: Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada golongan berpendapatan rendah (B40) bakal membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk keluar darpada kitaran kemiskinan.
Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata, inisiatif itu juga mampu mengurangkan jurang kelas pendapatan antara masyarakat dalam mewujudkan rakyat yang saksama serta berdaya saing.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah sebutkan bahawa beliau dan barisan kabinet sedang bertungkus-lumus menoktahkan miskin tegar dan cabaran itu amat besar.
“Perlu diingatkan miskin bandar adalah kelompok yang terbesar dan kebanyakannya adalah graduan kerana mereka tinggal di bandar.
"Oleh itu kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan sesi libat urus bersama syarikat korporat dan swasta agar dapat membantu golongan anak muda menerusi TVET,” katanya pada program Wacana Sinar edisi 395 bertajuk ‘Makan Gaji vs Kerja Sendiri’ yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Selasa.
Turut diundang menjadi panelis adalah Pakar Motivasi Keseimbangan Hidup dan Keusahawanan, Dr Hasnorliza Hassan dan Timbalan Naib Presiden Program Wanita TalentCorp, Dinatra Mohd Saat manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.
Dalam pada itu, Yuneswaran berkata, beliau turut membawa isu pemerkasaan TVET kepada golongan banduan dalam sidang Parlimen sebagai usaha membantu golongan berkenaan meneruskan kehidupan selepas keluar dari penjara.
“Saya ada mencadangkan dalam Parlimen supaya TVET turut diwajibkan kepada banduan juvana agar masa depan mereka lebih terjamin.
“Memandangkan golongan belia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun ramai jatuh dalam kategori miskin bandar, maka pemerkasaan ini (TVET) amat penting dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, masyarakat sivil dan agensi terlibat agar aspirasi negara tercapai,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 02 2023
Yuneswaran turut membawa isu pemerkasaan TVET kepada golongan banduan dalam sidang Parlimen sebagai usaha membantu golongan berkenaan meneruskan kehidupan selepas keluar dari penjara. - Gambar Sinar Harian
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki serang warga Singapura guna parang dicekup, dua lagi diburu
Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terbabit dalam insiden seorang lelaki warga Singapura dicederakan menggunakan parang.
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini.
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
#AWANIRingkas 1 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Februari 2025
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Kota Marudu daerah paling teruk terjejas
Banjir yang melanda sabah pada ketika ini menyaksikan 9 daerah terjejas, dengan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung hampir 5,000 penduduk.
Siasatan dalaman isu salah laku siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil
Fahmi menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan.
Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco
Kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 pada Mac ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.
Kerjasama institusi pengajian tinggi dengan industri, elak ketidaksepadanan dalam pasaran kerja
Kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dengan syarikat industri sangat diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri.
TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.
Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.
Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.
TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA
KEMAS diarah untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan KEMAS kepada JPA sebagai penyelesian kepada 9,719 kakitangan KEMAS yang masih berstatus kontrak.
Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.
2024: Kerajaan MADANI perkukuh ekonomi, infrastruktur luar bandar dan posisi di pentas global
Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI berjaya memperkukuh infrastruktur luar bandar melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Malaysia menyasarkan untuk mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.