Keberhasilan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bukan hanya terletak pada aspek sistem, malah memerlukan perubahan mentaliti dan kerjasama erat dengan industri, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata reformasi sistem pendidikan TVET di negara ini harus mencontohi dan meneroka sistem pendidikan sama di Jerman, kerana menurutnya gelombang revolusi perinduatrian 4.0 (IR4.0) menuntut pembaharuan dalam perspektif serta cara berfikir, dan masyarakat Jerman dalam aspek ini pula adalah 'perfectionist'.
"Industri Jerman mahukan produk yang terbaik sahaja dan untuk memungkinkan perkara ini, industrilah yang turun (bantu) ke institusi dan merangka sistem pendidikan TVET yang diperlukan. Kita sedang gigih menggerakkan segalanya, ke arah TVET berasaskan industri.
"...urus tadbir, sistem, keterlibatan industri, kualiti dan penjenamaan, semuanya sedang digerakkan," katanya dalam ucaptama pada majlis Menandatangani Perjanjian Sekunder Program Kolaborasi Industri (ICP) di Bangsar South, di sini hari ini.
Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Technology Depository Agency (TDA), Datuk Zailani Safari dan CEO Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Abdul Yazid Kassim.
Pada majlis itu, enam Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima geran penyelidikan dan geran biasiswa pasca siswazah dengan jumlah keseluruhan RM4 juta daripada beberapa pemain industri.
IPT berkenaan ialah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), UniKL Malaysian of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET) dan Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Sekunder ICP dan Penyerahan Cek Technology Depository Agency (TDA) di Pusat Persidangan dan Acara Connexion hari ini. - Foto BERNAMA

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

MRT Corp akan mulakan proses tender laluan lingkaran MRT3 pada Mei 2022
Ini merupakan tender pertama yang ditawarkan untuk pembinaan Laluan Lingkaran MRT sepanjang 51 kilometer yang mendapat kebenaran kerajaan pada 4 Mac 2022.

Azhar Abdul Hamid kembali ke MRT Corp sebagai pengerusi
Ia membawa semula Azhar ke syarikat yang pernah diterajuinya sebelum ini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang pertama dari tahun 2011 ke 2014.

Mohd Zarif dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp
MRT Corp telah melantik Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa 15 Julai lepas.

Ubah mentaliti untuk tingkat keberhasilan TVET - Maszlee
Keberhasilan TVET bukan hanya terletak pada aspek sistem, malah memerlukan perubahan mentaliti dan kerjasama erat dengan industri, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Kadar parkir di stesen MRT turun mulai esok
Kadar baharu ini mencerminkan penurunan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus.

Jangan terperdaya peminta derma guna nama MRT Corp
MRT Corp memberi amaran kepada orang ramai agar berwaspada dengan mana-mana pihak yang meminta derma menggunakan nama syarikat itu.

Konkrit 300 tan jatuh, 3 warga Bangladesh dipercayai tertimbus
Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia.