Ahli Lembaga Pengarah Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah melantik Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa 15 Julai lepas.
MRT Corp dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Mohd Zarif itu bagi menggantikan Abdul Yazid Kassim yang telah mengakhiri perkhidmatannya pada 30 Jun lalu.
Sementara itu Mohd Zarif, 49, sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sapura berkata fokusnya adalah memastikan projek pembinaan MRT Laluan Putrajaya (sebelum ini dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) disiapkan tepat pada masanya dan berada dalam lingkungan kos.
Selain itu, beliau berkata tumpuannya juga adalah memastikan projek Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura dapat dimulakan dengan secepat mungkin.
Jelasnya, anak syarikat MRT Corp, Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd merupakan pemaju projek dan pemilik infrastruktur Projek Sistem Transit Rapid.
Mohd Zarif memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari J.L. Kellogg Graduate School of Management dari Northwestern University, dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sains dalam Kejuruteraan Kimia dari University of Pennsylvania, kedua-duanya di Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 17 2020
Pelantikan Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim itu bagi menggantikan Abdul Yazid Kassim yang telah mengakhiri perkhidmatannya pada 30 Jun lalu. - Foto BERNAMA
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Zarif dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp
MRT Corp telah melantik Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa 15 Julai lepas.
Abdul Yazid Kassim CEO baharu MRT Corp
Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media memaklumkan, Abdul Yazid yang bakal memulakan tugas 1 Februari ini mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan projek dan kontrak pembinaan dan kejuruteraan.