SHAH ALAM: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan semua pusat tahfiz swasta dan awam di Malaysia dilengkapi dengan model latihan TAHFIZ-Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi membentuk laluan kerjaya kepada pelajarnya.
Timbalan Menterinya Datuk Awang Hashim berkata model latihan TAHFIZ-TVET yang dilancarkan hari ini, bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pelajar tahfiz dalam pelbagai bidang TVET di samping menyediakan pekerja berkemahiran bagi menuju ke arah negara industri.
Beliau berkata pihaknya melalui Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembangunan TAHFIZ-TVET yang membantu dan menasihati institusi tahfiz dalam memperkasakan kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pegawai dan persijilan melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
"Jawatankuasa ini juga akan mengenal pasti keperluan semasa program TVET di institusi tahfiz dan menasihati bagi program yang sesuai. Ia juga untuk memperkukuhkan serta memperkasakan latihan TVET melibatkan tahfiz negara.
"Kita (tahfiz awam dan swasta) ada di merata tempat. Pusat tahfiz yang ada aliran TVET dalam negara kita ini banyak tapi tidak ada pengurusan secara formal. Dan sekarang kita sedang bergerak ke arah menyeragamkan semua pusat tahfiz yang ada dalam negara kita," katanya.
Beliau berkata pada sidang media selepas melancarkan TAHFIZ-TVET Malaysia antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) KSM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Sementara itu, Hakimah berkata sehingga kini terdapat 1,177 pusat tahfiz swasta berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri dan 100 daripadanya telah melaksanakan TAHFIZ-TVET.
Dalam perkembangan lain, Awang berkata pihaknya kini dalam proses mendapatkan penarafan tunggal sijil kemahiran antara tahap 6 hingga 8 bagi melestarikan pendidikan pelajar TVET.
"Setakat ini, kita sudah dapat sehingga tahap 5 (setara Diploma Lanjutan Kemahiran) dan kalau boleh dapatkan tahap 6 (setara Ijazah Sarjana Muda) juga kepada tahfiz-TVET ini. Kita mahu TVET menjadi pilihan awal kepada ibu bapa berbanding sebelum ini dianggap sebagai peluang akhir dalam tahap pendidikan formal mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata, ia bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pelajar tahfiz dalam pelbagai bidang TVET di samping menyediakan pekerja berkemahiran bagi menuju ke arah negara industri. - Gambar fail/BERNAMA

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

KSM sasar Tahfiz-TVET dilaksana seluruh negara - Awang
Ia bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pelajar tahfiz dalam pelbagai bidang TVET di samping menyediakan pekerja berkemahiran bagi menuju ke arah negara industri.