PASIR MAS: Dua lelaki yang bekerja sebagai tukang cat dicekup bersama 30 gram heroin dan 50 biji pil yaba selepas polis menahan motosikal dinaiki mereka di Kampung Bechah Tendong di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, penahanan suspek berusia 37 dan 38 tahun itu dilakukan selepas menerima maklumat berkait dadah pada jam 1.45 petang.
"Sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) bersama anggota Balai Polis Bunut Susu membuat pemerhatian selama lima minit di tepi jalan Kampung Bechah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, dua lelaki terbabit ditahan selepas menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota bertugas kemudian bertindak menahan kedua-dua lelaki tersebut untuk membuat pemeriksaan dan menemui heroin dan pil yaba dianggarkan bernilai RM10,500 dalam beg silang yang diletakkan dalam raga motosikal berkenaan.
"Siasatan awal mendapati suspek berusia 38 tahun itu mengaku barang dadah terbabit miliknya dan mendapatkan bekalan daripada seorang lelaki di Kampung Aur Cina, Slow Machang di sini," katanya.
Menurutnya, usaha memburu lelaki berkenaan kini giat dijalankan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 11 2022

Heroin dan biji pil yaba yang dirampas selepas polis menahan dua lelaki di Kampung Bechah Tendong, Pasir Mas pada Rabu. -Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Tukang cat dicekup bersama heroin, pil yaba
Siasatan awal mendapati suspek berusia 38 tahun itu mengaku barang dadah terbabit miliknya dan mendapatkan bekalan daripada seorang lelaki di Kampung Aur Cina.

MPV terbabas bawa enam guni mercun bola di Pasir Mas - Polis
Orang awam memaklumkan kepada polis, sebuah Toyota Wish telah terbabas dalam keadaan terbalik ke dalam parit air.

Lelaki ditahan bersama 460kg daun ketum
Lelaki ditahan bersama 460kg daun ketum

Penyeludup lolos diri dalam semak, tinggal beras dalam kenderaan
Polis cuba menahan kenderaan tersebut, namun pemandunya terus memecut laju sejauh 100 meter sebelum berhenti secara mengejut.

Lelaki campak 800 pil kuda dalam cubaan melarikan diri
Lelaki berusia 23 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan dalam serbuan pada jam 6 petang.

Kereta bawa 38 tong petrol seludup terbabas
Kereta tersebut dipercayai turut melanggar seorang lelaki yang ditemui terbaring di lokasi kejadian.

Pemandu, kelindan lori bawa syabu dicekup
Dadah tersebut ditemui berada di bahagian tengah tempat duduk di antara ruang pemandu dan penumpang.

OKU warga emas maut dalam kebakaran di Pasir Mas
Seorang lelaki warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan dalam keadaan rentung selepas kediamannya di Kampung Tanjung Rendang, di sini, terbakar awal pagi tadi.

Tak sempat jual 85 ekor biri-biri, kambing seludup
Menurutnya, hasil siasatan awal, kedua-dua tahanan mengaku terlibat dengan penyeludupan biri-biri dan kambing dari Thailand.