KOTA BHARU: Sebuah kenderaan pelbagai guna yang membawa enam guni berisi mercun bola ditemukan terbabas di dalam parit berdekatan Taman Prima dekat Lubok Jong, Pasir Mas, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata kejadian dimaklumkan orang awam yang melaporkan sebuah Toyota Wish telah terbabas dalam keadaan terbalik ke dalam parit air pada pukul 3.15 petang.
Beliau berkata dua anggota dari unit kereta peronda polis (MPV) telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati pemandu kenderaan terbabit sudah tiada.
"Pemeriksaan lanjut di dalam kereta terbabit menemukan enam guni plastik bercorak jalur-jalur berada di tempat duduk penumpang belakang yang berisi sejumlah mercun bola.
"Anggota yang membuat semakan ke atas nombor pendaftaran kenderaan tersebut mendapati, tiada rekod kesalahan dan ia telah didaftarkan atas nama seorang individu yang beralamat di Kluang, Johor," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata anggotanya telah menunggu selama sejam di lokasi tersebut sekiranya terdapat mana-mana individu yang menuntut barangan terbabit.
Mohd Nasaruddin berkata jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan sebanyak RM45,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Mohd Nasaruddin berkata, anggotanya menunggu selama sejam di lokasi tersebut sekiranya terdapat mana-mana individu yang menuntut barangan terbabit. - Gambar hiasan
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Tukang cat dicekup bersama heroin, pil yaba
Siasatan awal mendapati suspek berusia 38 tahun itu mengaku barang dadah terbabit miliknya dan mendapatkan bekalan daripada seorang lelaki di Kampung Aur Cina.

MPV terbabas bawa enam guni mercun bola di Pasir Mas - Polis
Orang awam memaklumkan kepada polis, sebuah Toyota Wish telah terbabas dalam keadaan terbalik ke dalam parit air.

Lelaki ditahan bersama 460kg daun ketum
Lelaki ditahan bersama 460kg daun ketum

Penyeludup lolos diri dalam semak, tinggal beras dalam kenderaan
Polis cuba menahan kenderaan tersebut, namun pemandunya terus memecut laju sejauh 100 meter sebelum berhenti secara mengejut.

Lelaki campak 800 pil kuda dalam cubaan melarikan diri
Lelaki berusia 23 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan dalam serbuan pada jam 6 petang.

Kereta bawa 38 tong petrol seludup terbabas
Kereta tersebut dipercayai turut melanggar seorang lelaki yang ditemui terbaring di lokasi kejadian.

Pemandu, kelindan lori bawa syabu dicekup
Dadah tersebut ditemui berada di bahagian tengah tempat duduk di antara ruang pemandu dan penumpang.

OKU warga emas maut dalam kebakaran di Pasir Mas
Seorang lelaki warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan dalam keadaan rentung selepas kediamannya di Kampung Tanjung Rendang, di sini, terbakar awal pagi tadi.

Tak sempat jual 85 ekor biri-biri, kambing seludup
Menurutnya, hasil siasatan awal, kedua-dua tahanan mengaku terlibat dengan penyeludupan biri-biri dan kambing dari Thailand.