PASIR MAS: Seorang pemandu dan kelindan lori dicekup selepas didapati membawa satu kilogram (kg) dadah jenis syabu ketika ditahan polis di tepi jalan Salor menghala ke Pasir Mas di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dadah tersebut ditemui berada di bahagian tengah tempat duduk di antara ruang pemandu dan penumpang.
"Pada jam 3 petang, sepasukan polis telah menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki berusia 32 dan 36 tahun di jalan Salor.
"Sejurus ditahan polis, pemandu lori berusia 32 tahun telah menunjukkan beg plastik yang diletakkan di bahagian tengah tempat duduk di antara ruang pemandu dan penumpang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, pemeriksaan di dalam beg plastik sambil disaksikan oleh kedua-dua suspek tersebut membawa kepada penemuan bungkusan mengandungi dadah.
Beliau berkata, hasil soal siasat, pemandu lori itu mengaku hanya mengambil upah sebagai penghantar dadah dengan bayaran sebanyak RM200 untuk sekali penghantaran.
Mohd Nasaruddin berkata, pemandu tersebut mendedahkan dia mengambil bekalan dadah dari seorang lelaki yang tinggal di Peringat, Kota Bharu.
"Usaha mengesan suspek utama sedang giat dijalankan polis ketika ini. Nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM36,000," katanya.
Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Beliau berkata, saringan air kencing mendapati pemandu negatif dadah dan dia juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Katanya, bagaimanapun kelindan lori itu didapati positif methamphetamine, namun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 24 2022

Lori yang dipercayai digunakan pemandu dan kelindan untuk membawa 1 kg syabu ketika ditahan polis di tepi jalan Salor menghala ke Pasir Mas pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000
Suspek berusia 50 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang menjalankan operasi hasil maklumat dan risikan.

Kastam Sabah rampas dadah bernilai RM2.89 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 98.33 kilogram dadah jenis methamphetamine dan ganja bernilai RM2.89 juta dalam tiga serbuan berasingan di sini baru-baru ini.

Keldai dadah bawa syabu RM800,000 ditahan di KKIA
Polis merampas syabu seberat 24.5 kilogram bernilai RM800,000 selepas menahan seorang keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah RM370,000 di Bukit Mertajam
Polis merampas enam bekas tin bertulis 'Royal British Butter' mengandungi tujuh paket plastik lut sinar disyaki dadah syabu dianggarkan berat 5.2 kilogram bernilai RM170,000.

Dua beranak antara tiga ditahan dipercayai terlibat sindiket edar dadah
Ibu dan anak merupakan antara tiga individu yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah.

Polis rampas lebih 10kg syabu disembunyikan dalam tayar ganti, tahan dua warga asing
Polis menahan dua lelaki warga Thailand selepas menemukan syabu seberat 10.6 kilogram yang disembunyikan di dalam tayar ganti kenderaan.

'Tokan' dadah lolos diri dari polis akhirnya dicekup
Suspek berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Perlis jam 10.30 malam.

Dua nelayan jadi 'transporter' ditahan bersama syabu bernilai RM660,000
Polis menahan dua nelayan bersama 20.748 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM660,000 dalam serbuan di Kepala Batas.