ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki warga Thailand selepas menemukan syabu seberat 10.6 kilogram yang disembunyikan di dalam tayar ganti kenderaan yang dinaiki mereka di Kampung Baru Balai Pos, Jalan Sungai Korok, Ayer Hitam pada pukul 11 malam, minggu lepas.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata taktik suspek terbongkar selepas polis dari Jabatan Siasatan jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah memeriksa Toyota Hilux yang dinaiki mereka, dan menemukan dadah bernilai RM349,800 itu Khamis lepas.
Katanya terdahulu kedua-dua suspek berusia 25 dan 41 tahun itu bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun mereka berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis.
"Mereka ditahan di tepi jalan kawasan berkenaan dan hasil pemeriksaan kita menemukan 10 bungkusan plastik berwarna hijau dengan setiap satunya mengandungi plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu di dalam tayar ganti di bahagian bawah belakang kenderaan berkenaan.
"Dadah yang dirampas dianggarkan seberat 10.6 kg, yang boleh digunakan hampir 20,000 penagih," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Fisol berkata kesemua dadah yang dirampas disyaki diseludup dari negara jiran untuk diedarkan kepada penagih dalam negara
Katanya kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952, dan ujian air kencing mendapati mereka posiitif methamphetamine.
Mengenai Operasi Khas Sempena Ambang Tahun Baharu 2024 yang turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) malam tadi Fisol berkata 1,372 kenderaan diperiksa.
Beliau berkata susulan pemeriksaan 1,055 saman melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya telah dikeluarkan, manakala 223 kenderaan telah disita.
"Operasi itu menahan 12 individu yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983 antaranya memandu di bawah pengaruh alkohol, memandu secara melulu dan berbahaya, salah guna dadah, memiliki daun dan air ketum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024

Fisol (tengah) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, ACP Mohd Taufik Maidin menunjukkan dadah jenis syabu disembunyikan di dalam tayar gantian kenderaan pada sidang media hari ini. - Foto Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Penjenayah lepas dua tembakan sebelum maut ditembak polis
Seorang penjenayah bersenjata api maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di jalan Bukit Kechil, Napoh, pada Jumaat.

Polis Kedah tahan 4 individu sindiket pengedaran ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan bersama 16 kilogram (kg) dadah jenis ganja mampat bernilai RM50,250 dalam dua serbuan berasingan di Kota Setar, Khamis lalu.

Tiga lelaki terlibat samun bersenjata api ditahan
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abu Samah Mohd Noor berkata dengan penahanan ketiga-tiga suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh kes samun di tiga negeri berkenaan.

'Geng Bri' tumpas, 22 kes curi dan pecah rumah selesai
Mereka terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita termasuk ketua kumpulan yang dikenali sebagai 'Bri' berusia 36 tahun.

Polis tumpas lima sindiket jadikan Langkawi transit penyeludupan PATI
Polis Kedah berjaya menumpaskan lima sindiket penyeludupan migran yang menjadikan Langkawi sebagai 'pusat transit', dengan penahanan 12 ejen warga tempatan dan Myanmar menerusi Op Pintas.

Polis Kedah terima 306 laporan sepanjang tempoh PRN
Polis Kedah menerima 306 laporan berkaitan pelbagai jenis aduan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula 28 Julai hingga 13 Ogos lepas.

Polis Kedah terima laporan dakwaan Saifuddin ada lelaki China bekerja di MBI
Pegawai kanan MBI buat laporan di IPD Kota Setar pada Ahad menafikan dakwaan Saifuddin terdapat seorang lelaki China berkhidmat di situ.

Polis Kedah tumpaskan sindiket eksploitasi manusia dijadikan pengemis
Tiga lelaki OKU warga Kemboja dibawa dari Ulu Tiram, Johor sejak 10 hari lalu bertujuan mengemis di bandaraya Alor Setar.

PRU15: Tiada perarakan meraikan kemenangan dibenarkan di Kedah - Polis
Semua penyokong parti diingatkan agar tidak terbabit dalam sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama di jalan awam.