PASIR MAS: Seorang lelaki dipercayai penyeludup beras bertindak memecut kenderaan pacuan empat roda dipandunya sebelum meloloskan diri dalam semak bagi mengelak daripada ditahan polis di Jalan Perdah di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, anggota polis dari Cawangan MPV Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Pasir Mas melihat kenderaan berkenaan dalam keadaan mencurigakan menghala ke Banggol Kong, Jeram Perdah.
"Pihak polis cuba menahan kenderaan tersebut, namun pemandunya terus memecut laju sejauh 100 meter sebelum berhenti secara mengejut.
“Suspek bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran dan meninggalkan kenderaan tersebut di tepi jalan,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Mohd Nasaruddin berkata, pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut membawa muatan 50 kampit beras bernilai anggaran RM4,000 yang dipercayai diseludup dari negara jiran, Thailand.
“Anggota polis menunggu di lokasi selama 25 minit, namun tidak ada sesiapa yang datang menuntut.
“Kenderaan dianggarkan bernilai RM20,000 tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, kesemua muatan beras bertulisan Thailand itu dirampas dan diserahkan pada pihak bahagian Kawal Selia Padi dan Beras negeri Kelantan.
“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 09 2022

Kegiatan penyeludupan beras dari negara Thailand berjaya dipatahkan menerusi rampasan pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Polis selamatkan 97 warga Myanmar mangsa pemerdagangan manusia
Ketika pemeriksaan kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sah untuk memasuki negara ini.

Penyeludup lolos diri dalam semak, tinggal beras dalam kenderaan
Polis cuba menahan kenderaan tersebut, namun pemandunya terus memecut laju sejauh 100 meter sebelum berhenti secara mengejut.

Banjir: Jangan berpesta, jaga SOP - Polis
Polis menasihatkan orang ramai supaya kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan jangan sesekali menjadikan musim banjir sebagai 'pesta' bermain air.

Padah seludup daging ayam beku
Lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas pihaknya berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 9.15 malam.

Op Benteng: PGA7 kenal pasti 40 laluan tikus baharu di sempadan
Setakat ini, PGA7 telah mengenal pasti 128 laluan tikus membabitkan 51 di sekitar Rantau Panjang, 50 di Kuala Jambu dan 27 di Jeram Perdah.