Ringkasan AI
- Kerjasama TVET dan Halal: Malaysia dan Filipina akan berkongsi amalan terbaik dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta industri Halal untuk meningkatkan kemahiran rakyat dan merebut peluang global.
- Pertukaran kepakaran: Melalui pertukaran kepakaran dan program latihan bersama, kedua-dua negara akan memperkukuh piawaian kurikulum dan saling mengiktiraf kelayakan akademik.
- Eksport halal meningkat: Eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat sebanyak 7.4 peratus pada 2023, menjadikan Filipina destinasi eksport halal Malaysia ke-8 terbesar dunia dan ke-4 terbesar di ASEAN.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin melalui pertukaran kepakaran dan program latihan bersama, Malaysia dapat meningkatkan kemahiran rakyat dan merebut peluang baharu di pasaran global.
Susulan pertemuan beliau dengan beberapa pemain industri TVET di Filipina, Ahmad Zahid berkata, mereka sependapat bahawa pendidikan TVET sangat penting untuk memastikan generasi muda serta tenaga kerja sedia ada dilengkapi dengan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa pasaran kerja.
“Dalam perbincangan ini, kami sependapat bahawa pendidikan TVET sangat penting untuk memastikan generasi muda serta tenaga kerja sedia ada dilengkapi dengan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa pasaran kerja,” katanya lagi.
Ahmad Zahid berkata demikian melalui perkongsian di laman media sosialnya susulan pertemuan beliau dengan bersama pihak pengurusan Technical Education and Skills Development Authority (TESDA) di Manila pada Selasa, di mana mereka membicarakan mengenai perkembangan TVET serta potensi industri halal di Filipina.
Dalam pada itu beliau berkata, mereka turut membincangkan tentang industri halal dan dengan kekuatan Malaysia dalam pensijilan halal di bawah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)
Melalui kerjasama dengan TESDA, Ahmad Zahid berkata, Malaysia dapat membangunkan ekosistem halal global yang lebih kukuh di Filipina.
Dalam pada itu beliau berkata, eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat sebanyak 7.4 peratus pada 2023, menjadikan negara itu destinasi eksport halal Malaysia ke-8 terbesar dunia dan ke-4 terbesar di ASEAN.
“Ini membuktikan hubungan perdagangan yang kukuh dan permintaan yang tinggi terhadap produk halal di rantau ini.
“Saya optimis bahawa kerjasama dalam sektor TVET dan industri halal ini akan memperkukuh hubungan strategik Malaysia-Filipina dan membawa manfaat besar kepada kedua-dua negara,” katanya lagi.