KUALA LUMPUR:Tourism Malaysia hari ini mengumumkan pertukaran pegawai dalam kumpulan pengurusannya dalam usaha memperkukuh struktur organisasi bagi mencapai sasaran strategiknya pada tahun ini serta merancakkan kembali sektor pelancongan negara.
Tourism Malaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Datuk Zainuddin Abdul Wahab yang sebelum ini merupakan Pengarah Kanan di Bahagian Perancangan Strategik, telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Pengurusan dan menanggung kerja Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) berkuat kuasa Isnin lepas (4 Jan).
"Sementara Iskandar Mirza Mohd Yusof mengambil alih tugas sebagai sebagai Pengarah Kanan di Bahagian Perancangan Strategik manakala Datin Rafidah Idris dilantik sebagai Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat yang baharu," menurut kenyataan itu.
Mohamed Amin Yahya dan Ahmad Johanif Mohd Ali yang merupakan Timbalan Pengarah Kanan, masing-masing akan menanggung tugas sebagai pengarah di Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan Pakej, berkuat kuasa tarikh sama.
Dalam kenyataan sama, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Zulkifly Md Said berkata, pihaknya akan terus meningkatkan aktiviti promosi pelancongan domestik menerusi pelaksanaan pakej rangsangan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan bagi 2021.
"Biarpun pelancongan domestik tidak dapat mengambil alih ketibaan pelancong antarabangsa buat masa ini, namun pelancongan domestik tetap memainkan peranan sebagai penyumbang utama kepada kelangsungan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021
![Tourism Malaysia umum pertukaran pegawai kumpulan pengurusan Tourism Malaysia umum pertukaran pegawai kumpulan pengurusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607751524_TourismMalaysia.jpg)
Tourism Malaysia mengumumkan pertukaran pegawai dalam kumpulan pengurusannya dalam usaha memperkukuh struktur organisasi. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Tourism Malaysia tidak sertai World Travel Market London kerana faktor belanja besar Tourism Malaysia tidak sertai World Travel Market London kerana faktor belanja besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722227414_TBWTM.jpg)
Tourism Malaysia tidak sertai World Travel Market London kerana faktor belanja besar
Keputusan Tourism Malaysia untuk tidak mengambil bahagian dalam World Travel Market (WTM) yang diadakan di London, United Kingdom (UK) pada hujung tahun ini disebabkan ingin mengurangkan perbelanjaan.
![Peruntukan RM4.61 juta bagi Tahun Melawat Perak 2024 setakat ini - Exco Peruntukan RM4.61 juta bagi Tahun Melawat Perak 2024 setakat ini - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713263710_TBDaudKilau.jpg)
Peruntukan RM4.61 juta bagi Tahun Melawat Perak 2024 setakat ini - Exco
Kerajaan Negeri Perak setakat ini menyediakan peruntukan RM4.61 juta untuk melaksanakan program dan infrastruktur pelancongan negeri sempena TMP 2024.
![Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720528606_SulungQingdao.jpg)
Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China
Jumlah penerbangan mingguan dari China ke Kuala Lumpur mencecah 438 penerbangan dan dijangka terus meningkat tahun ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia P. Manoharan.
![Tourism Malaysia raih Anugerah Perak di Drum Marketing Awards APAC Tourism Malaysia raih Anugerah Perak di Drum Marketing Awards APAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718948920_tourismmalaysia.jpg)
Tourism Malaysia raih Anugerah Perak di Drum Marketing Awards APAC
Ia satu pengiktirafan untuk kempen 'Selamat Kembali ke Malaysia' oleh BBC StoryWorks untuk Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada 2023.
![Ganding bahu, serius dan perkemas strategi untuk pastikan kejayaan VM2026 - Tiong Ganding bahu, serius dan perkemas strategi untuk pastikan kejayaan VM2026 - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718359722_tbTiongKingSingM.jpg)
Ganding bahu, serius dan perkemas strategi untuk pastikan kejayaan VM2026 - Tiong
Kenal pasti kelemahan untuk diperbaiki juga kekuatan untuk diperkuatkan lagi untuk menggamit lebih ramai pelancong datang ke negara ini.
![Balai Seni Negara Langkawi tawar pengalaman pelancongan seni dan budaya Balai Seni Negara Langkawi tawar pengalaman pelancongan seni dan budaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717889517_tbbalaiseninegara.jpg)
Balai Seni Negara Langkawi tawar pengalaman pelancongan seni dan budaya
Usaha menarik potensi lebih ramai pelawat ke Langkawi bakal dilakukan dengan memanfaatkan seni dan budaya, sebagai tarikan utamanya.
![Tourism Malaysia sasar 220 juta pelawat domestik tahun ini Tourism Malaysia sasar 220 juta pelawat domestik tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717830788_TBsandbarwalk.jpg)
Tourism Malaysia sasar 220 juta pelawat domestik tahun ini
Tourism Malaysia menyasarkan bilangan pelawat domestik sebanyak 220 juta orang dengan jumlah perbelanjaan RM88 bilion pada tahun ini.
![Tourism Malaysia promosikan budaya sarapan pagi di Malaysia Travel Escapade Tourism Malaysia promosikan budaya sarapan pagi di Malaysia Travel Escapade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713045135_tourismmalaysia.jpg)
Tourism Malaysia promosikan budaya sarapan pagi di Malaysia Travel Escapade
Sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia mencuri perhatian pengunjung di Malaysia Travel Escapade 2024 yang dianjurkan buat julung kalinya di Suntec City Mall dari 12 hingga 14 April.
![Tingkat kerjasama antara negeri bangunkan pelancongan seimbang - Tourism Malaysia Tingkat kerjasama antara negeri bangunkan pelancongan seimbang - Tourism Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672661300_YeohSoonHin.jpg)
Tingkat kerjasama antara negeri bangunkan pelancongan seimbang - Tourism Malaysia
Kerjasama antara negeri perlu bagi meningkatkan pembangunan pelancongan yang seimbang, sekali gus menarik kehadiran pelancong di seluruh negara.
![Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71711941291_MANOHARANPERIASAMY.jpg)
Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai
Ketua Pengarah Tourism Malaysia P Manoharan berkata tahun lepas Malaysia menerima sejumlah 1.47 juta pelancong dari China.