KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia meraih Anugerah Perak menerusi kategori Kerajaan/Sektor Awam pada Drum Marketing Awards Asia Pasifik (APAC) dalam majlis anugerah pada 30 Mei lepas di Singapura.
Menurut kenyataan Tourism Malaysia hari ini, anugerah tersebut mengiktiraf kempen 'Selamat Kembali ke Malaysia' yang dibangunkan oleh BBC StoryWorks untuk Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB) pada 2023.
"Dalam dunia pascapandemik, MTPB mengenal pasti peluang untuk mengukuhkan semula Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama. Kempen berkenaan bertujuan memanfaatkan peningkatan permintaan terhadap pelancongan yang menawarkan pengalaman secara langsung (experiential) dan penuh keaslian (authentic).
"Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah sentimen jenama, dengan menempatkan Malaysia sebagai negara yang mesra pelancong, kaya dengan kepelbagaian budaya dan berbaloi diteroka untuk merasai pengalaman unik.
"BBC StoryWorks membangunkan kempen 'Selamat Kembali ke Malaysia' untuk menarik pengembara yang bijak, kaya dan teliti bagi meneroka lebih banyak tentang Malaysia.
"Kempen ini mencapai hasil yang luar biasa, melepasi penunjuk prestasi utamanya (KPI) dengan lebih 16 juta tontonan video dan 1.3 juta tontonan halaman," katanya.
Menurut Tourism Malaysia, kajian lanjut oleh BBC StoryWorks terhadap lima filem tersebut menunjukkan peningkatan 12 peratus dalam jenama kegemaran, peningkatan 11 peratus dalam niat pembelian dan 96 peratus keinginan untuk berinteraksi dengan jenama.
"Drum Marketing Awards APAC menekankan keberkesanan dan impak kempen 'Selamat Kembali ke Malaysia' dalam memperbaharui dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf tinggi," katanya.
"Drum Awards merupakan program anugerah global berprestij yang meraikan amalan terbaik, syarikat cemerlang dan individu luar biasa dalam pemasaran dan komunikasi."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Tourism Malaysia berkata, BBC StoryWorks membangunkan kempen 'Selamat Kembali ke Malaysia' untuk menarik pengembara yang bijak, kaya dan teliti bagi meneroka lebih banyak tentang Malaysia.
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Seorang lagi mangsa kemalangan babitkan Honda Jazz meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1 Khamis lalu disahkan meninggal dunia pada Isnin.

Pengawal keselamatan dilanggar kereta ketika leraikan pergaduhan
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
Consider This: Congestion Pricing (Part 2) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Associate Professor Dr Law Teik Hua, Head of the Road Safety Research Centre under Universiti Putra Malaysia.

Polis gagalkan cubaan seludup karkas babi
Polis mematahkan cubaan menyeludup masuk keratan karkas babi disyaki dari negara jiran selepas menahan seorang pemandu lori di Taman Industri Jaya, Skudai pada Jumaat lepas.

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Rajang
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Song, Kapit sejak Jumaat lepas ditemukan lemas di Sungai Rajang dekat Kubu Emma di daerah Kanowit petang ini.

Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 29 dan 30 Mac, 5 dan 6 April
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
AWANI Ringkas: Jenayah | PRK Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Sindiket penipuan pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

IOI Properties rai hubungan Malaysia-China dengan penganjuran majlis budaya
IOIPG dan Visit IOI Resort City rai hubungan unik Malaysia - China dengan penganjuran China dan M'sia - A Celebration of Culture, Tradition and Culinary Excellence

MOTAC anjur sesi libat urus dengan pemain industri sempena kempen VM2026
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia, telah mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah, hari ini.

TMM2026: Tourism Malaysia optimis capai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong
Tourism Malaysia optimis kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) mampu mencapai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong tahun depan sekali gus merancakkan sektor pelancongan negara.

Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.

Program Jualan Tengah Malam bakal diperluas ke Pantai Timur - Tourism Malaysia
Sebanyak tujuh program diadakan di seluruh negara dengan dua daripadanya di Kelantan dan Terengganu.

Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.

Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.

KCCM 2024: Pelbagai tarikan perhebat pelancongan domestik
Pengunjung yang hadir ke KCCM 2024 berpeluang memilih lebih daripada 200 pakej pelancongan yang ditawarkan lebih 100 penggiat industri.

Pelancongan, seni dan budaya Malaysia ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026
Bagi merancakkan produk pelancongan tempatan dan menarik lebih ramai pelancong domestik, Tourism Malaysia menganjurkan Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024.

Tourism Malaysia lancar jualan tengah malam untuk warga Singapura sempena Deepavali di JB
Ia menawarkan tempoh beli-belah yang dilanjutkan hingga tengah malam, hiburan dan tawaran eksklusif di beberapa pusat beli-belah.