SHAH ALAM: Keputusan Tourism Malaysia untuk tidak mengambil bahagian dalam World Travel Market (WTM) yang diadakan di London, United Kingdom (UK) pada hujung tahun ini disebabkan ingin mengurangkan perbelanjaan.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), agensi itu telah menyertai WTM lebih 40 tahun berturut-turut dan kos untuk menyertai pameran pelancongan ini semakin meningkat saban tahun.
"Penyertaan Tourism Malaysia di WTM adalah salah satu aktiviti promosi yang dijalankan saban tahun dan ini adalah merupakan platform yang disediakan oleh agensi ini kepada penggiat-penggiat industri bagi pasaran jarak jauh.
"Pada tahun 2024, Tourism Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih kos efektif dengan mengadakan misi jualan bersepadu ke beberapa negara di Eropah seperti UK, Perancis dan Belanda bagi mempromosikan Kempen Melawat Malaysia 2026.
"Dengan mengambil kira kadar tukaran wang asing semasa, penyertaan di WTM London akan melibatkan perbelanjaan yang besar dengan penurunan kadar tukaran wang semasa," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara.
Kementerian itu menjawab soalan dibangkitkan Ahli Dewan Negara, Datuk Hisamudin Yahaya mengenai faktor Malaysia tidak mengambil bahagian dalam WTM yang diadakan di London pada hujung tahun ini memandangkan ia platform baik untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Mengulas lanjut mengenai alternatif terbaharu untuk mengurangkan perbelanjaan itu, MOTAC berkata, misi jualan ini akan disertai oleh pengusaha pelancongan dari Malaysia dan sesi 'business matching' serta jaringan bersama agensi pelancongan utama di negara-negara tersebut akan dijalankan di samping aktiviti promosi makanan dan kebudayaan Malaysia kepada orang awam.
Fokus pasaran juga katanya, akan digiatkan kepada negara-negara yang mempunyai lebih rangkaian kemudahsampaian berbanding pasaran jarak jauh tetapi tidak bermaksud aktiviti di pasaran tersebut dihentikan sama sekali. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 29 2024
Tourism Malaysia telah menyertai WTM lebih 40 tahun berturut-turut dan kos untuk menyertai pameran pelancongan ini semakin meningkat saban tahun. - Gambar/ WTM
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza. Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim Al-Masri.
Ketengah kejayaan kerajaan, bentang inisiatif kepada rakyat
Program dua tahun kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini bukan sekadar menjadi platform melaporkan kejayaan kerajaan.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
Sikap positif PM gambaran keterbukaan terima kritikan
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan perdana menteri dalam menerima kritikan.
Persiapan berjalan sepanjang tahun, gembleng kerjasama komuniti
Paling dititikberatkan ialah penyelarasan antara agensi kerajaan bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan baik, menerusi mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana melibatkan kerajaan pusat, negeri, tempatan dan agensi bukan kerajaan (NGO).
Malaysia-Vietnam sepakat perkasa Grid kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usaha sama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Tourism Malaysia tidak sertai World Travel Market London kerana faktor belanja besar
Keputusan Tourism Malaysia untuk tidak mengambil bahagian dalam World Travel Market (WTM) yang diadakan di London, United Kingdom (UK) pada hujung tahun ini disebabkan ingin mengurangkan perbelanjaan.
Tourism Malaysia kembali sertai World Travel Market
Kempen mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dipergiatkan dengan pelbagai inisiatif dan kerjasama.
Malaysia tarik penggiat pelancongan dunia di WTM 2021 di London
Di WTM 2021 penggiat pelancongan seluruh dunia akan mendapat informasi terkini mengenai pelancongan ke Malaysia, terutama gelembung pelancongan antarabangsa pertama negara ke Langkawi.