GEORGE TOWN: Orang ramai di Pulau Pinang yang bakal mengalami gangguan bekalan air selama empat hari bermula 10 Jan ini mula membuat persiapan awal bagi memastikan bekalannya mencukupi sepanjang tempoh itu.
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan penduduk mahupun pengusaha premis sedia maklum mengenai pengumuman gangguan bekalan air itu yang dibuat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan mengambil tindakan sewajarnya.
Beberapa kedai menjual tong air di sekitar George Town dilihat menjadi tumpuan orang ramai yang mula membeli tong pelbagai saiz untuk menyimpan air bagi kegunaan sepanjang tempoh berkenaan.
Penjawat awam, Shahrul Ilias, 41, berkata beliau telah membeli tong berkapasiti 60 liter sebagai persiapan menghadapi gangguan bekalan air.
"Beli yang mana patut dulu, cuma harganya sedikit meningkat kerana biasanya tong 60 liter ini sekitar RM60 tetapi hari ini RM75...mahu tidak mahu kena beli juga.
"Saya mungkin terpaksa beli satu lagi, tong 60 liter tidak cukup sebab saya ada anak kecil berusia setahun lebih dan 12 tahun, jadi kena simpan bekalan air lebih sedikit untuk kegunaan keluarga," katanya.
Sebelum ini, PBAPP mengumumkan kira-kira 590,000 pengguna termasuk bukan domestik akan mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi 10 Jan hingga 6 pagi 14 Jan, bagi memberi laluan kerja-kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air Sungai Dua serta kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang.
Bagi Metta, 45, yang tinggal di Green Lane pula selain menggunakan tong air beliau juga membeli plastik besar bagi menyimpan air kerana gangguan bekalan air selama empat hari itu agak lama berbanding biasa.
"Kalau guna tong air sahaja memang tak cukup untuk masak, mandi dan mencuci, jadi jadi kena isi dalam plastik dan letak dalam kotak. Saya harap bekalan air dapat pulih lebih awal daripada tempoh dijadualkan," katanya.
Sementara itu, pemilik kedai barangan plastik, Soon, 62, berkata sejak pengumuman mengenai gangguan bekalan air berjadual, permintaan tong air di kedainya meningkat hingga 50 tong sehari berbanding tidak sampai 10 tong sehari sebelum ini.
"Harga pula daripada RM50 hingga RM140 berdasarkan saiz dan jenis. Saya rasa menjelang tempoh gangguan bekalan air nanti lebih ramai yang akan beli dan kami telah bersedia dengan menambah stok tong air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023

Seorang pengguna membeli tong sebagai persiapan susulan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Januari depan. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Peniaga kedai makan 'berhabis' beli tong air untuk buka kedai
Rohana buat persiapan awal bagi memastikan kedainya cukup bekalan air supaya mereka yang terjejas air boleh membeli makanan di premisnya.

Tong air laris di P.Pinang, orang ramai simpan bekalan air
Orang ramai di Pulau Pinang yang bakal mengalami gangguan bekalan air selama empat hari bermula 10 Jan ini mula membuat persiapan awal bagi memastikan bekalannya mencukupi sepanjang tempoh itu.

Akibat cemburu, isteri ditembak mati sebelum disumbat dalam tong dan ditanam
Seorang wanita yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui mati dipercayai dibunuh oleh suaminya akibat cemburu.

Peniaga diingat tidak naikkan harga tong air
Tindakan undang-undang akan diambil ke atas peniaga yang menaikkan harga tong air secara melampau.