GEORGE TOWN: Seorang pemilik kedai nasi campur di Teluk Kumbar, dekat sini sanggup berhabis lebih RM1,000 untuk membeli tong menyimpan air bagi memastikan kedainya dapat beroperasi seperti biasa ketika gangguan bekalan air selama empat hari bermula 10 Jan nanti.
Rohana Aziz, 55, berkata beliau membuat persiapan awal bagi memastikan kedainya mempunyai bekalan air yang mencukupi supaya orang ramai yang terjejas air boleh membeli makanan di premis perniagaannya dan berjimat dengan penggunaan air di rumah mereka.
"Saya memang buat persiapan awal terutama sekali selepas gangguan bekalan air masa kebocoran paip di Sungai Perai (Butterworth) sebelum ini dan bermula dari situ, saya beli satu tong air yang besar yang mampu memuatkan kira-kira 1,500 liter air, empat tong yang boleh mengisi 500 liter air dan 10 tong berkapasiti 100 liter air.
"Sebenarnya semua simpanan air itu hanya cukup untuk sehari saja di kedai makan saya. Dalam tempoh gangguan bekalan air tersebut, kami memang merancang untuk mengambil sumber mata air di kawasan bukit yang terletak kira-kira empat kilometer dari kedai saya ni...di situ air memang bersih dan tidak berbau, kami terpaksa berusaha untuk dapatkan air," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini, PBAPP mengumumkan kira-kira 590,000 pengguna termasuk bukan domestik akan mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi 10 Jan hingga 6 pagi 14 Jan, bagi memberi laluan kerja-kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air Sungai Dua serta kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang.
Sementara itu, seorang suri rumah Rozita Ramli, 50, yang tinggal di Teluk Kumbar berkata selain menyimpan dalam tong air besar, beliau menggunakan alternatif menyimpan air dalam plastik sampah bagi memastikan bekalan air cukup di rumahnya sepanjang tempoh berkenaan.
Rozita berkata beliau terpaksa menyimpan dalam plastik sampah yang kemudiannya diletakkan dalam kotak atau bekas besar kerana bimbang gangguan bekalan air itu akan berlarutan kerana ketika paip bocor di Sungai Perai baru-baru ini kawasan rumah mereka hanya menerima bekalan air selepas empat hari sedangkan sepatutnya dua hari sahaja.
"Kawasan Teluk Kumbar ini selalunya lewat terima bekalan air jika berlaku gangguan (air) jadi saya ambil pendekatan membuat persiapan awal dan secukupnya, biar ada air lebih daripada tiada langsung.
"Hari itu kami terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan mandi dan sebagainya, jadi kali ini saya memang isi selagi boleh...itu yang saya gunakan plastik besar dan sekarang pun saya masih lagi mencari bekas-bekas yang boleh digunakan untuk simpan air, bukan apa saya takut air sampai lambat ke kawasan rumah kami," katanya.
Kira-kira 200,000 pengguna di Barat Daya (bahagian pulau) dan Seberang Perai mengalami gangguan bekalan air berikutan penutupan sementara saluran paip sebesar 1,350 milimeter (mm) di Sungai Perai yang pecah pada 18 Dis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024
Rohana menyimpan air sebagai persiapan menghadapi gangguan bekalan air yang dijangka berlaku pada minggu depan. --fotoBERNAMA
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa.
Mesir hantar jentera berat ke Gaza bersihkan sisa runtuhan
Sebuah konvoi jentera berat dan jentolak yang membawa bendera Mesir bergerak dari Rafah, Mesir menuju ke Gaza pada Selasa dipercayai bagi memulakan proses pembersihan runtuhan.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Tebusan Hamas warga Thailand kembali ke pangkuan keluarga
Empat daripada lima tebusan Thailand yang dibebaskan selepas 15 bulan dalam tawanan di Gaza bertemu dengan ahli keluarga mereka pada Selasa di Pusat Perubatan Shamir, Israel.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech kini dalam proses penilaian semula dan ijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengoptimumkan perkhidmatan bekalan air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula Rabu.
Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.
Banjir Kelantan: LRA Bukit Remah dihenti tugas kerana paip pecah, tanah mendap
Paip air mentah bersaiz 700mm pecah kerana hujan lebat berterusan di LRA Bukit Remah serta terdapat pergerakan tanah.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.
Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah
Hampir 60,000 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan susulan paip pecah di hadapan stesen Petronas Jalan Jelebu di sini yang berlaku sejak semalam.
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.
85 peratus pengguna di SPT, SPS terima bekalan air pagi ini - PBAPP
85 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual di Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak 4 Okt lepas, mendapat semula bekalan setakat 10 pagi.