KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM3.3 juta bagi merancakkan program Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024), dengan memaparkan keaslian seni budaya dan warisan masyarakat tempatan menerusi penganjuran program bertaraf antarabangsa.
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, melalui Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, usaha itu menjadi pemacu utama dalam pembangunan sosioekonomi.
"Usaha ini akan digerakkan melalui penganjuran program bertaraf antarabangsa dengan adanya penglibatan serta kerjasama dari negara-negara Asia, Eropah, Timur Tengah dan sebagainya.
"Kerajaan negeri memberi fokus bagi menggerakkan usaha secara bersepadu ke arah kejayaan dalam merealisasikan hasrat supaya Kelantan menjadi destinasi utama pelancong di rantau ini," katanya pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2024 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.
Majlis tersebut disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Mohd Nassuruddin berkata, kerajaan negeri yakin, Kelantan mampu menjadi antara penyumbang terbesar kepada industri pelancongan negara khususnya melalui pembangunan ekonomi hiliran dan industri kreatif.
"Usaha ini berasaskan kepada keterampilan, kemahiran, bakat dan potensi individu, bagi melahirkan suatu ciptaan atau produk baru, termasuk industri kreatif, juga warisan budaya seperti batik serta kraftangan.
"Menerusi penglibatan dan kerjasama yang strategik daripada semua pemain industri termasuk rakyat Kelantan, kerajaan negeri optimis TMK 2024 dengan tema 'Keluarga, Makanan dan Festival' akan mencapai kejayaan sasaran 10 juta pelancong dan ke negeri ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024

Tengku Muhammad Fakhry Petra (kanan) berkenan memalu gong simbolik perasmian Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2024 di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi. Turut sama Mohd Nassuruddin Daud (kiri). - Gambar Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco
Kerajaan negeri menyasarkan dua juta pengunjung ke Kelantan dalam tempoh setahun.

TMK 2024: Kerajaan Kelantan tarik kedatangan pelancong menerusi program B2B
Setakat ini program B2B berkenaan melibatkan kerjasama di antara agensi pelancongan Kelantan dan lebih 50 agensi pelancongan seluruh negara.

Kelantan anjur larian antarabangsa Jambatan Guillemard pada Julai
Larian diadakan sempena genap 100 tahun usia jambatan kereta api bersejarah itu dan menjadi warisan yang terdapat di Kelantan.

TMK 2024: Kelantan peruntuk RM3.3 juta papar seni budaya, warisan taraf antarabangsa
Kerajaan negeri yakin Tahun Melawat Kelantan 2024 dengan tema 'Keluarga, Makanan dan Festival' akan mencapai kejayaan sasaran 10 juta pelancong.