KOTA BHARU: Program Business to Business (B2B) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan menerusi agensi pelancongan negeri dilihat memberi impak positif kepada kedatangan pelancong ke negeri ini bersempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Kamaruddin Md Nor berkata setakat ini program B2B berkenaan melibatkan kerjasama di antara agensi pelancongan Kelantan dengan lebih 50 agensi pelancongan di seluruh negara.
Beliau berkata jalinan kerjasama itu memberi impak positif apabila Kelantan menerima rombongan pelancong dari luar negara hampir setiap minggu termasuk dari Kuwait, Indonesia, Brunei, Singapura dan lain-lain negara.
"Kedatangan pelancong ke negeri ini secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada industri pelancongan negara khususnya melalui pembangunan ekonomi hiliran dan kreatif," katanya kepada Bernama di sini semalam.
"Kami juga sedang mempergiatkan mempromosikan Kelantan di pintu-pintu utama di lapangan terbang antarabangsa di seluruh negeri dan berhasrat agar dapat menarik lebih ramai pelancong termasuk dari luar Kelantan," tambahnya.
Kamaruddin berkata pelbagai aktiviti akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, antaranya himpunan Volkswagen Antarabangsa yang akan diadakan di Tumpat bermula hari ini sehingga Ahad ini selain Pesta Wau Antarabangsa pada 27 dan 29 Jun di Pantai Geting, Tumpat.
"Pelbagai aktiviti menarik telah diatur hingga hujung tahun ini bersempena TMK2024 antaranya Karnival Masakan Resipi Istana di Istana Jahar pada bulan Disember nanti.
"Diharapkan dengan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan ini ia dapat mengangkat seni dan kebudayaan Kelantan sekali gus negeri mencapai kejayaan sasaran seramai 10 juta pelancong ke negeri ini bersempena TMK2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
Peserta mempersiapkan rakit ketika menyertai Pesta Berakit Antara Jabatan Jajahan Jeli Sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 di Gunung Reng, Jeli, 28 Feb 2024. - Gambar hiasan/BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
TMK 2024: Kerajaan Kelantan tarik kedatangan pelancong menerusi program B2B
Setakat ini program B2B berkenaan melibatkan kerjasama di antara agensi pelancongan Kelantan dan lebih 50 agensi pelancongan seluruh negara.
Bersatu Kelantan teguh di belakang presiden parti
Sehingga kini beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai ahli atau pemimpin parti di peringkat akar umbi yang bertindak keluar parti mahupun cawangan dibubarkan.
Mahathir adakan pertemuan tertutup dengan pimpinan Bersatu Kelantan
Dr Mahathir yang kini dalam rangka lawatan seharinya ke Kelantan selepas itu menghadiri majlis ramah mesra bersama pimpinan Pakatan Harapan Kelantan di hotel yang sama.