JELI: Kerajaan Kelantan akan menganjurkan larian antarabangsa Jambatan Guillemard di Tanah Merah bagi menarik pelancong ke negeri itu sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024).
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Kamarudin Md Nor berkata larian berkenaan dijadual berlangsung pada Julai depan.
"Larian diadakan sempena genap 100 tahun usia jambatan kereta api bersejarah itu (Jambatan Guillemard) dan menjadi warisan yang terdapat di Kelantan untuk diperkenalkan khususnya kepada golongan muda dan pelancong asing.
"Program ini juga merupakan satu daripada acara pelancongan untuk kita mencapai sasaran 10 juta pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke Kelantan tahun ini," katanya.
Beliau berkata kepada Bernama selepas Majlis Penutup Pesta Berakit Antara Jabatan Jajahan Jeli Sempena TMK 2024 di Gunung Reng di sini semalam.
Kamaruddin berkata pada masa ini proses penyelarasan bagi menjayakan larian itu sedang giat dilakukan kerajaan negeri bersama pihak berkepentingan.
"Jambatan ini mempunyai nilai sejarah kepada Kelantan dan Malaysia, malah perkhidmatan kereta api masih digunakan sehingga kini," katanya.
Sebelum ini, kerajaan Kelantan memperuntukkan RM3.3 juta bagi merancakkan program TMK 2024, dengan memaparkan keaslian seni budaya dan warisan masyarakat tempatan menerusi penganjuran program bertaraf antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Kamaruddin berkata, Jambatan Guillemard di Tanah Merah yang berusia 100 tahun ini mempunyai nilai sejarah kepada Kelantan dan Malaysia. - Foto Facebook Guillemard Bridge Kusial River Tanah Merah
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung sempena cuti sekolah
Kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu.
Indochina bangkit menjadi destinasi pelancongan utama ASEAN
Laos, Kemboja dan Vietnam secara berkumpulan telah menarik 25 juta pelancong setakat tahun ini.
Pakej pelancongan Seoul: MOTAC terus pantau, tindakan sewajar akan diambil
Tindakan sewajarnya akan diambil di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dengan semua mangsa digesa membuat laporan polis serta aduan ke MOTAC.
Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 - DOSM
NDKIP di Sabah merekodkan RM13.1 bilion pada 2023, disokong aktiviti perdagangan runcit serta perkhidmatan penginapan, makanan dan minuman.
Malaysia-Thailand sasar perkukuh kerjasama ekonomi dalam pelbagai industri
Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama ekonomi merangkumi industri getah, pelancongan, Halal dan digital, grid tenaga dan bekalan gas serta pengurusan sempada
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Thailand terima kedatangan 32.7 juta pelancong sejak Januari 2024
Sepanjang 2 hingga 8 Disember, negara itu mencatatkan 699,129 ketibaan pelancong antarabangsa dengan purata 99,876 pengunjung setiap hari.
Dua pelancong asing maut, pokok besar tumbang di lokasi popular Bali
Dalam kejadian pada Selasa di Monkey Forest, Ubud itu, dua lelaki warganegara asing disahkan terkorban sementara seorang lagi mengalami kecederaan.
Pemerintah Indonesia komited jadikan Bali nadi pelancongan negara
UNWTO mengiktiraf kawasan pelancongan berkenaan sebagai antara yang terbaik di dunia bagi tahun ini.
Pekan Papan layak diangkat Tapak Warisan Dunia UNESCO
Pekan itu mempunyai nilai warisan yang signifikan manakala bangunan lama di Papan masih utuh dan mempunyai keunikan seni bina tersendiri.