PUTRAJAYA: Tindakan pengeboman Hospital Al-Ahli al-Arab di Utara Gaza, sehingga menyebabkan 500 kematian termasuk wanita dan kanak-kanak, sudah sampai ke tahap gila, dan tidak berperikemanusiaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu, dan menggesa agar serangan perlu dihentikan serta-merta.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ratusan terkorban dalam serangan ke atas hospital di Gaza
Katanya lagi, beliau juga kesal dengan sikap beberapa negara barat yang kononnya sering bercakap tentang soal kemanusiaan, tetapi berbeza nada dalam isu perang antara Palestin dan Israel.
“Perkembangan terakhir terkini mengenai serangan Israel itu agak keterlaluan, saya juga turut mengulangi beberapa kenyataan yang telah dibuat, mendukung beberapa kenyataan sesetengah pimpinan negara luar, yang menyatakan kesal dan mengecam pengeboman hospital di Gaza.
“Apa pun yang dituduh, siapa pun, maknanya ini kesan daripadaserangan dan perang. Sebab itu kita katakan sebaiknya hentikan. Ini masa untum kita redakan keadaan dan hentikan. Kalau teruskan ini mangsanya wanita dan anak-anak serta, pesakit.
“Ini sudah sampai ke tahap 'gila' dan hilang perikemanusiaan, dan yang paling dikesalkan ialah negara barat yang bercakap soal hak kemanusiaan ini rupanya ada kategori, ada manusia kelas satu, ada manusia kelas hamba, dan ini kita bantah sekeras-kerasnya,” katanya lagi.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Simposium bertemakan “The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia” di Pusat Konvensyen Antarabanga Putrajaya (PICC), pada Rabu.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, beliau telah dijemput untuk bertemu Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammad Salman, yang juga Perdana Menteri negara itu, bagi membincangkan isu yang melanda Palestin.
“Esok saya akan ke Riyadh, dan selepas Mesyuarat ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Perdana Menteri Mohamad Bin Salman minta saya hadir untuk lawatan sehari bagi berbincang, dan saya akan fikirkan keperluan untuk berbincang dengan beberapa kepimpinan sama ada saya perlu berjelajah ke beberapa negeri atau melalui telefon sahaja,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Oct 18 2023

Orang ramai lari dari kediaman mereka susulan serangan udara tentera rejim Zionis Israel di Gaza. - Foto AP

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Kelewatan gencatan Gaza berpunca dari senarai nama tebusan Israel dibebaskan
Senarai nama-nama tebusan Israel di Gaza yang bakal dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.

Umat Islam wajib pertahan, sokong Palestin - MKI
Umat Islam wajib membela serta mempertahankan rakyat dan Palestin daripada segala bentuk kezaliman, pencerobohan dan penjajahan rejim Zionis Israel.

Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Bukit Golan yang diduduki.

Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.

Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.

Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel di Gaza hampir 43,400 orang
Seramai 102,261 orang lagi pula dilaporkan cedera dalam serangan yang masih berlangsung.

Lebih 150 pesakit, kakitangan terperangkap dalam serangan di Hospital Kamal Adwan
Hospital Kamal Adwan berkemungkinan besar menjadi satu pusara besar apabila dianggarkan seorang pesakit meninggal dunia setiap jam akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel.

Iran selar tindakan Israel bunuh pegawai perubatan di Lubnan
Tindakan rejim zionis yang menyasarkan Dr Ali Heydari adalah pelanggaran jelas terhadap Konvensyen Geneva 1949 yang melarang serangan terhadap hospital, pusat perubatan, dan profesional perubatan.