Polis menahan tiga wanita disyaki mencabut dan merosakkan bendera Barisan Nasional (BN) di tepi Jalan Leong Yew Koh, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, tengah malam tadi.
Ketiga-tiga mereka yang berusia 31 dan 37 tahun itu tampil sendiri di Balai Polis TTDI untuk menyerahkan bendera yang dicabut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata ketiga-tiganya ditahan untuk diambil keterangan dan kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan khianat.
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang lelaki yang mendakwa melihat beberapa wanita memotong bendera BN di tepi Jalan Leong Yew Koh.
"Semua bendera berkenaan kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik dan dibawa ke Balai Polis TTDI oleh tiga wanita terbabit.
"Bertindak atas maklumat, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Zon TTDI memeriksa dua kereta dinaiki tiga wanita itu. Mereka memaklumkan tujuan ke balai ialah menyerahkan bendera kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
Katanya, turut ditemui bersama wanita terbabit ialah 133 bendera BN, sebilah gunting, satu playar, sebilah pemotong wayar, sebotol ubat nyamuk, satu lampu suluh dan satu peket plastik sampah.
Menurut Mazlan, hasil soal siasat mendapati tiga wanita terbabit adalah penduduk kawasan TTDI, mendakwa tidak terbabit dalam mana-mana parti politik dan perbuatan mereka itu adalah sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak.
"Mereka mendakwa bertindak kerana aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan pemasangan bendera parti sebelum 28 April ini, tidak diambil sebarang tindakan.
"Pihak polis meminta orang ramai melaporkan isu sebegini kepada PBT dan tidak mengambil tindakan sendiri," katanya.
Azyyati Ahmad
Wed Apr 18 2018
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Zon Taman Tun Dr Ismail (TTDI) telah bertindak dari maklumat yang diterima.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
[TIDAK RASMI] BN menang di PRK Mahkota
Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh kedudukan selesa mengatasi pencabarnya dari PN.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
PRK Mahkota: Pilih wakil rakyat selari kerajaan bawa kelebihan kepada pengundi - Ahmad
Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK DUN Mahkota: Tengku Zafrul optimis undi awal berpihak kepada BN
Tengku Zafrul berkata, BN meletakkan calon yang berkualiti, berkredibiliti dan berpengalaman berkhidmat di DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Fasa pertama kempen harmoni, santai mengikut 'cara Johor'
Kempen 'Cara Johor', itu peringatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota tamat pada Sabtu lepas.