Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasminya mengumumkan penetapan harga RM30 bagi tempat duduk terbuka, RM50 (grandstand) dan RM60 (premium), manakala tiket kanak-kanak dijual pada harga RM5.
Tiket boleh didapati menerusi laman sesawang www.tickethotline.com.my.
Stadium Nasional akan menjadi tuan rumah melibatkan aksi Malaysia menentang Timor Leste pada 11 Dis, dan Singapura pada 20 Dis.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente akan memulakan kempen menentang Kemboja pada 8 Dis di Phnom Penh, sebelum menghadapi cabaran juara bertahan Thailand pada 14 Dis di Bangkok.
Kumpulan B pula dibarisi naib juara Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos.
Hanya dua pasukan teratas akan layak ke separuh akhir, dan aksi separuh akhir serta final dilangsungkan mengikut format timbal balik.
-- BERNAMA