Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 6.33 pagi dan segera mengatur gerak sebuah jentera dan tujuh anggota ke lokasi dari Balai Lundu.
"Difahamkan insiden membabitkan 10 hingga 20 pelajar, dan tiga daripadanya masih hilang. Mereka yang hilang ialah dua pelajar perempuan dan seorang lelaki," katanya lagi.