Tiga mahkamah baharu bakal dibina pada tahun ini bagi menyediakan persekitaran mahkamah yang selamat dan kondusif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Tiga mahkamah itu ialah Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Kelantan, Mahkamah Ampang, Selangor dan Mahkamah Kangar di Perlis, katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini hari ini.
Selain itu, terdapat dua projek dalam pembinaan sehingga 31 Disember lepas, iaitu Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu yang kini 20.26 peratus siap serta dijangka siap sepenuhnya 1 April 2017, dan Mahkamah Besut yang sudah mencapai tahap 32 peratus pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 8 Oktober tahun ini, katanya.
Mengenai pencapaian Jabatan Bantuan Guaman (JBG) tahun lepas, Nancy berkata JBG melepasi sasaran sebanyak 106 peratus apabila memberikan khidmat nasihat guaman kepada 46,000 individu.
"Ini jelas menunjukkan sokongan dan penerimaan rakyat umumnya terhadap JBG sebagai satu-satunya firma guaman kerajaan yang menerajui bantuan guaman secara profesional kepada masyarakat setanding dengan firma guaman swasta," katanya.
Pada majlis hari ini, Nancy turut melancarkan Garis Panduan Pembangunan Fizikal Mahkamah yang akan menjadi rujukan kepada pegawai agensi kerajaan, jurutera serta arkitek yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perancangan pembangunan mahkamah baharu dan menaik taraf bangunan mahkamah sedia ada.
Beliau berkata garis panduan berkenaan akan dijadikan perintis memandangkan selama ini tiada garis panduan khusus untuk perancangan pembangunan mahkamah diterbitkan sebelum ini.
Antara manfaat garis panduan berkenaan ialah memudah dan mempercepat proses perancangan projek pembinaan mahkamah baharu atau naik taraf bangunan mahkamah, penggunaan tanah dan keluasan bangunan dengan lebih efisien dan penjimatan kos penyelenggaraan dan pembangunan mahkamah, katanya.
Bernama
Tue Jan 12 2016

NANCY: Tiga mahkamah baharu itu ialah Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Kelantan, Mahkamah Ampang, Selangor dan Mahkamah Kangar di Perlis.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis tahan seorang remaja berkaitan kes ancaman bom palsu
Ab Rahman percaya dengan tertangkapnya remaja tersebut, pihaknya dapat menyelesaikan kes berkenaan.

Tiga mahkamah baharu bakal dibina tahun ini
Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Kelantan, Mahkamah Ampang di Selangor dan Mahkamah Kangar di Perlis bakal dibina tahun ini.