Polis menahan seorang remaja disyaki membuat panggilan ancaman bom palsu di Kompleks Mahkamah Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) pada 28 Dis lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), polis menahan remaja lelaki berusia 19 tahun itu bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Suspek berkenaan ditahan pukul 4 pagi di rumahnya di Kota Bharu pada 6 Jan lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Ab Rahman percaya dengan tertangkapnya remaja tersebut, pihaknya dapat menyelesaikan kes berkenaan.
Sementara itu, beliau berkata polis sedang menjejaki seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai terlibat dengan 11 kes samun dan curi di negeri ini.
"Suspek tersebut dipercayai aktif melakukan jenayah tersebut seorang diri sejak sebulan lalu di beberapa daerah di negeri ini termasuk Bachok, Kuala Krai dan Machang.
"Mondus operandinya, suspek terlebih dahulu mencuri kenderaan sebelum melakukan jenayah samun dengan menyasarkan kedai runcit yang dijaga oleh wanita dan lelaki warga emas," katanya.
Sementara itu, beliau berkata tiga kes mati lemas yang telah dilaporkan media sebelum ini diklasifikasikan sebagai kematian akibat banjir yang berlaku di negeri ini sejak 31 Dis lepas.
Tiga kes itu masing-masing melibatkan seorang kanak-kanak perempuan lemas selepas tergelincir di dalam tali air di Kampung Bemban, Kangkong, Pasir Mas pada 3 Jan.
Pada 4 Jan, seorang murid lelaki tahun empat ditemukan lemas selepas basikal yang dinaiki bersama abangnya terbabas ke dalam takungan air ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Nilam Puri di sini.
Kes ketiga melibatkan seorang remaja lelaki yang dilaporkan tergelincir ke dalam Sungai Kelantan di jeti Kampung Laut dekat Palekbang, Tumpat, ditemukan mati lemas juga pada 4 Jan lalu. -- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2017

Polis menahan seorang remaja disyaki membuat panggilan ancaman bom palsu di Kompleks Mahkamah Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) pada 28 Dis lalu. -Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

India ambil tindakan bendung penyebaran ugutan bom palsu di media sosial
Kerajaan India mengarahkan platform media sosial untuk mencegah penyebaran ugutan bom palsu.

Tiada ancaman sebenar selepas laporan ancaman bom, kata pihak berkuasa Sri Lanka
Satu panggilan tidak khusus mengenai ancaman bom telah dilaporkan kepada kapten penerbangan 10 minit sebelum mendarat di lapangan terbang.

Pesawat Air New Zealand terima ancaman bom
Insiden melibatkan penerbangan Air New Zealand dari Wellington ke Sydney yang membawa 140 penumpang.

Pesawat India menuju London dilencongkan ke Jerman selepas ancaman bom
Ancaman itu disampaikan melalui platform media sosial X, dengan mendakwa bom yang dipasang di dalam pesawat yang dikendalikan Vistara.

Tiada bahan mencurigakan dalam pesawat Air India Express - Polis Singapura
Polis Singapura memaklumkan tiada barang mencurigakan ditemukan di dalam pesawat Air India Express AXB684 Air India Express selepas pemeriksaaan keselamatan.

Singapura kerah jet pejuang susulan ancaman bom dalam penerbangan Air India Express
Singapura kerahkan dua jet pejuang F-15SG selepas Air India Express terima e-mel menyatakan terdapat bom di dalam pesawat penerbangan AXB684 menuju ke Singapura.

Penerbangan ke New York dilencongkan ke Delhi akibat ancaman bom
Tiga penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Mumbai, India menerima ancaman bom pada Isnin.

Pesawat India lakukan pendaratan cemas di Turkiye akibat ‘ancaman bom’
Pesawat Vistara Airlines dilaporkan dalam perjalanan dari India ke Jerman apabila ia melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Erzurum.

Penerbangan domestik India dilencongkan berikutan ancaman bom
Penerbangan IndiGo dari Jabalpur di Madhya Pradesh ke Hyderabad di Telangana telah dilencongkan ke Nagpur di Maharashtra.

Ancaman bom: Polis rekod keterangan menteri, saksi
Polis telah merekodkan keterangan beberapa individu termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagi membantu siasatan insiden ancaman bom baru-baru ini.