COLOMBO: Pihak berkuasa lapangan terbang Sri Lanka pada Sabtu menyatakan bahawa tiada ancaman sebenar susulan laporan ancaman bom yang dilaporkan dalam penerbangan dari Mumbai, India ke Colombo, lapor Xinhua.

Perkhidmatan Lapangan Terbang dan Penerbangan (Sri Lanka) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike mengambil semua langkah berjaga-jaga dan pencegahan berikutan laporan ancaman bom terhadap penerbangan Vistara pada Sabtu.

Menurut perkhidmatan itu, satu panggilan tidak khusus mengenai ancaman bom telah dilaporkan kepada kapten penerbangan 10 minit sebelum mendarat di lapangan terbang.

Tambahnya, kecemasan telah diisytiharkan di lapangan terbang.

Penerbangan dengan 96 penumpang dan lapan kru itu akhirnya selamat mendarat di lapangan terbang. Semua penumpang segera dipindahkan dari pesawat ke terminal penumpang sebagai langkah berjaga-jaga.

-- BERNAMA