Insiden melibatkan penerbangan Air New Zealand dari Wellington ke Sydney yang membawa 140 penumpang, menurut Sky News Australia.
Pesawat itu mendarat dengan selamat tetapi kekal di landasan, menurut laporan itu.
Penerbangan NZ-247 tiba dari Wellington sekitar 5.40 petang waktu tempatan, dengan unit operasi taktikal, paramedik dan pasukan bomba dikerah ke lokasi, lapor laman sesawang berita Channel Nine.
Air New Zealand mengesahkan mereka sedar akan kemungkinan ancaman keselamatan selepas ditahan di landasan, menurut laporan itu.
"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan mengikuti protokol standard yang ditetapkan untuk insiden sedemikian," kata Kapten David Morgan, ketua pegawai integriti operasi dan keselamatan syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA