SINGAPURA: Polis Singapura memaklumkan tiada barang mencurigakan ditemukan di dalam pesawat Air India Express AXB684 Air India Express selepas pemeriksaaan keselamatan, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Rabu.

Pesawat berkenaan menerima ancaman bom ketika penerbangan dari India ke Singapura.

Pesawat itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi pada Selasa malam, dengan diiringi dua pesawat pejuang dan ia disahkan Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen dalam media sosialnya.

Bagaimanapun, siasatan mengenai ancaman bom yang dihantar melalui e-mel itu masih diteruskan.

-- BERNAMA