SEREMBAN: Tiga lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan berkaitan dadah di lokasi berasingan sekitar Negeri Sembilan menerusi Op Ambang Tahun Baharu Cina (TBC) 2022, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan Supt Shafiei Muhammad berkata seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di Jalan Lingkaran Tengah, di sini kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had iaitu 50 miligram bagi setiap 100 mililiter darah.
"Seorang individu berumur 30 tahun pula ditahan di lokasi sama kerana mempunyai rekod individu dikehendaki pada 2016 berkaitan kes dadah manakala seorang lagi dalam lingkungan 30-an ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan di Jempol kerana positif dadah jenis Metampethamine," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Shafiei berkata kesemua individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Balai Polis Jalan Campbell untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Dalam pada itu beliau berkata operasi bermula 8 malam itu melibatkan pemeriksaan terhadap 497 individu dan 449 kenderaan pelbagai jenis dengan kebanyakan saman yang dikeluarkan melibatkan kesalahan tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran.
"Tiada lesen memandu merekodkan 90 kesalahan, nombor pendaftaran (68), tiada lesen kenderaan motor (48). Selain itu, sebanyak 22 notis dikeluarkan terhadap kesalahan teknikal iaitu ubah suai ekzos dan 15 notis bagi cermin sisi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022
Kesemua individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Balai Polis Jalan Campbell untuk tindakan lanjut. - Gambar fail
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.
Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman
Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan di hadapan sekolah di Port Dickson.
Pengguna jalan raya kejar, tahan pemandu mabuk lari selepas langgar 2 pelajar
Seorang pemandu mabuk ditahan orang ramai ketika cuba melarikan diri selepas melanggar dua pelajar sekolah di persimpangan lampu isyarat Cheng Height, di sini petang semalam.
Penyelia restoran didakwa mabuk, langgar anggota polis
Seorang penyelia restoran dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis trafik.
Langgar anggota polis trafik: Lelaki direman empat hari
Tempoh reman dibenarkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid terhadap lelaki tersebut bermula hari ini hingga Khamis depan.
Kemalangan di bulatan Ladang bukan disebabkan pemandu mabuk - Polis
Beliau berkata nahas itu menyebabkan beberapa kerosakan pada kesemua kenderaan terlibat dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk
Sepasang suami isteri tercedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Raja Ashman Shah pada Ahad.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.