SEREMBAN: Tidak mengharapkan bantuan kerajaan dan orang ramai semata-mata, sekumpulan individu orang kurang upaya (OKU) mengambil inisiatif mencari rezeki dengan mengambil upah melipat sampul surat di Bengkel Seri Sembilan di sini.
Sikap mereka tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang wajar dijadikan penyuntik semangat kepada masyarakat untuk berusaha menambah pendapatan dengan apa jua pekerjaan.
Siti Amisyahida Norazni, 29, yang merupakan OKU kategori masalah pembelajaran berkata bengkel berkenaan sangat membantu dan memberi peluang kepada golongan sepertinya membuktikan kemampuan untuk mencari pendapatan sendiri.
Anak bongsu daripada tiga beradik yang sudah setahun bekerja di bengkel itu berkata dia mendapat maklumat mengenai kerja berkenaan melalui pegawai di Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan carian lanjut di laman sesawang.
"Sebelum ini saya kerja di Bengkel Daya membuat pastri di Klang, Selangor, tapi saya mahu dekat dengan keluarga, sebab itu saya pilih untuk kerja di sini, waktu kerja 8 pagi hingga 5 petang, ayah saya akan hantar dan ambil, Alhamdulillah banyak membantu saya cari rezeki tanpa bergantung kepada orang tua.
"Gaji di sini diperolehi mengikut hasil kerja, banyak lipat banyak gajinya, biasanya saya lipat surat dalam dua kotak, ada yang 500 keping sampul ada 250 keping, tak menentu, boleh dapat RM500 hingga RM800 sebulan," katanya yang berasal dari Lukut itu kepada Bernama baru-baru ini.
Aqil Nazhan Rahman, 30, pula berkata dia sebelum ini melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan OKU (PLPP) Bangi sebelum pegawai di pusat itu mencadangkan kepadanya untuk bekerja di bengkel tersebut.
"Mula-mula saya tak mahu, tapi mak ayah suruh, jadi saya cuba, lama-kelamaan saya rasa seronok kerja di sini, sudah sembilan tahun, lagi pun kalau kerja di tempat lain mungkin saya tak dapat sesuaikan diri atas kekurangan saya ini," katanya yang juga OKU pembelajaran itu.
Aqil Nazhan yang menetap di Senawang berkata dia mampu menghasilkan kira-kira 500 hingga 1,000 keping sampul surat sehari dan memperoleh sekitar RM800 ke RM1,000 sebulan.
Pengurus bengkel Harunarrsheed Mohd Ibrahim berkata terdapat empat kategori golongan OKU yang bekerja di bengkel itu termasuk masalah anggota, pembelajaran, pekak dan bisu serta mempunyai masalah mental tahap ringan yang berusia antara 20 hingga 70 tahun.
Beliau berkata mereka akan diberi latihan percubaan oleh penyelia terlatih selama tiga bulan sebelum memulakan tugas bergantung kepada keupayaan dengan penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya.
"Kita dapat kontrak daripada Kementerian Kewangan sediakan sampul surat pelbagai saiz untuk agensi kerajaan di beberapa negeri.
"Ia memberi peluang pekerjaan kepada mereka sekali gus tingkatkan keupayaan diri.
"Bengkel ini boleh menghasilkan sehingga sejuta sampul surat sebulan dengan hasil kira-kira RM100,000.
"Terdapat seramai 50 pekerja yang terdiri daripada 40 lelaki dan 10 wanita OKU di sini," katanya dengan menambah bengkel itu bermula pada 1978 dan telah melatih hampir 600 OKU.
Dalam pada itu, beliau berkata selain penghasilan sampul surat, bengkel tersebut turut menggajikan OKU untuk kerja pembersihan, pertanian, ternakan dan jahitan kepada mereka yang tidak mempunyai kemahiran melipat sampul surat dengan baik.
"Ada yang tak reti lipat walaupun dah diajar banyak kali, jadi kita bagi mereka menanam cili dan sawi, dan mesin rumput, kita bayar RM10 ke RM36 sehari, hasil tanaman itu dijual secara kecil-kecilan dan juga untuk makan di sini selain ada juga projek ayam kacuk dan kampung," katanya.
Mengenai perancangan masa hadapan, beliau berhasrat mengusahakan projek tanaman yang lebih besar dengan kerjasama Jabatan Pertanian negeri termasuk durian, pisang, ubi kayu serta tanaman kontan seperti serai.
"Kita risau pada masa hadapan penggunaan surat makin berkurangan, kita nak golongan ini terus bekerja, luas kawasan ini kira-kira enam hektar dan kita dah guna 60 peratus, bakinya boleh digunakan untuk pertanian," katanya sambil menyatakan bahawa bengkel itu turut menerapkan elemen keagamaan.
Selain itu, beliau berkata bengkel berkenaan dapat melaksanakan peranan membantu golongan OKU dengan baik menerusi kerjasama pelbagai pihak termasuk orang ramai, badan korporat dan agensi swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
Harunarrsheed melihat para pekerjanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) melipat sampul surat. - Gambar/ Bernama
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mengambil maklum terhadap isu kediaman dan empat kenderaan mewahnya yang disita selepas gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM1 juta.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.
Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU
Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.
Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan khidmat jagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU
Kerajaan Selangor menubuhkan JKPPP untuk menyemak, menilai serta menambah baik undang-undang berkaitan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di negeri itu.
Belanjawan 2025: Tiga inisiatif kepada Perkeso tekad kerajaan wujud ekonomi inklusif mampan
Tiga inisiatif utama Belanjawan 2025 yang dikhususkan untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mencerminkan tekad kerajaan mewujudkan ekonomi MADANI yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.
Pengawal keselamatan didakwa rogol, amang seksual anak kandung
Seorang pengawal keselamatan didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya berumur 15 tahun.
Kanak-kanak OKU 11 tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Lokub, Sepanggar.
Program sehari dekatkan aksesibiliti maklumat, perkhidmatan PNM kepada komuniti OKU
Program itu antara usaha PNM sebagai entiti yang diberi kuasa untuk memperkasa dan mempromosikan aktiviti bagi golongan OKU penglihatan.
Lelaki OKU sesat di hutan sejak semalam, ditemukan selamat
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan sesat di hutan di Rancangan Pemulihan Tanah Sungai Pas, Kuala Krai semalam, ditemukan selamat malam ini.