SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini menafikan dakwaan wujudnya unsur kroni berkaitan pembelian rumah pertama Rumah Selangorku.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Rodziah Ismail berkata isu kroni bukan masalah utama sebaliknya ia berpunca daripada kekuatan pinjaman yang dimiliki oleh bakal pembeli rumah tersebut.
"Kadang-kadang namanya sudah masuk (dalam senarai menunggu pembelian) dan dia berpeluang (untuk mendapatkan Rumah Selangorku), tapi tidak lulus pinjaman jadi namanya digugurkan.
"Jadi hanya mereka yang mempunyai (lulus) pinjaman sahaja yang dapat (memiliki Rumah Selangorku). Kroni itu bukan isu dan saya rasa (dakwaan itu) tidak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran BPEX Harta Tanah Bumiputera Selangor di Central i-City di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan terdapat segelintir pihak yang sukar mendapatkan unit rumah berkenaan kerana sudah diberikan kepada individu lain menerusi 'orang dalam'.
Rodziah turut menegaskan pihaknya tidak mempunyai senarai nama tertentu bagi membolehkan pihak berkenaan memperoleh unit Rumah Selangorku.
"Semua permohonan untuk membeli Rumah Selangorku dibuat secara dalam talian menerusi sistem khas dan ia dipantau oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
"Kita juga ada audit dalaman yang akan melihat bagaimana LPHS meluluskan pembelian rumah tersebut," katanya.
Beliau berkata hampir 1,500 unit kediaman dan pejabat untuk kuota bumiputera ditawarkan di sekitar Selangor bermula pada harga RM230,000 ke atas.
Dalam pada itu, Rodziah berkata pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh daripada lapan projek perumahan yang terbengkalai sejak 1993 di negeri ini.
"Hanya satu projek perumahan di Bukit Cherakah, di sini sahaja yang sedang diperkemas kerana mungkin Exco-exco terdahulu mempunyai masalah untuk merungkai masalah di situ.
"Dengan latar belakang yang saya ada dalam bidang kejuruteraan, kita dapat selesaikan (masalah projek)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023

Rodziah Ismail berkata isu kroni bukan masalah utama sebaliknya ia berpunca daripada kekuatan pinjaman yang dimiliki oleh bakal pembeli rumah tersebut. - Foto Sinar Harian

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Warga MARA perlu jadi pemikir strategik bukan sekadar pentadbir - Ahmad Zahid
Ia bagi memastikan perjuangan Bumiputera kekal relevan dan berdaya saing.

Agenda Bumiputera perlu berterusan, dekat dengan PM - Noor Azlan
Noor Azlan tekankan agenda Bumiputera mesti berterusan dan dilaksana secara tersusun agar tidak jadi isu sementara yang dilupakan.

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.

UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.

Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.

Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.