Kerajaan negeri tidak menetapkan jangka masa untuk Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong bercuti daripada tugasan rasmi beliau.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah itu bagi membolehkan Yong memberikan fokus kepada perbicaraan kes rogol yang dihadapinya ketika ini.
"Kita setuju dengan tindakan Yong untuk bercuti daripada menjalankan tugas rasmi sebagai Exco. Ini tepat untuk beliau memberikan fokus kepada perbicaraan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas program Kempen Sayangi Sawitku Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok.
Ahad lepas, Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh mengumumkan keputusannya untuk bercuti daripada tugasan sebagai Exco, dua hari selepas menyatakan keengganan berbuat demikian sebagai mana dinasihatkan oleh Menteri Besar.
Pada 23 Ogos lalu, Yong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini atas tuduhan merogol seorang pembantu rumahnya warga Indonesia pada 7 Julai lepas.
Mengenai pentadbiran kerajaan negeri, Ahmad Faizal berkata ketiadaan, Yong tidak akan menimbulkan masalah kerana yakin Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang lain akan memberikan kerjasama.
"Portfolio Yong akan berjalan seperti biasa dengan saya akan melaksanakannya, tidak perlu apa-apa perubahan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai cadangan penubuhan unit integriti di pejabat Menteri Besar.
Menurut Ahmad Faizal, Pejabat Menteri Besar Perak sebelum ini mempunyai seorang pegawai SPRM, namun berlaku kekosongan setelah individu berkenaan mendapat kenaikan pangkat dan berpindah.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya menggesa Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri di seluruh negeri menubuhkan unit integriti bagi memastikan setiap urusan yang dilakukan lebih telus. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019

Kerajaan negeri memberi kebenaran kepada Paul Yong untuk bercuti bagi membolehkan beliau memberi fokus pada perbicaraan kes rogol, kata Ahmad Faizal Azumu. - Gambar BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.