JOHOR BAHRU: Sungai Kim Kim yang didakwa dicemari 'tompokan hitam' sejak kebelakangan ini, didapati sudah tidak lagi berbau dan kembali ke paras julat normal hari ini, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.
Pengarahnya Dr Famey Yusoff berkata daripada sampel air yang diambil bagi mengukur kualiti air sungai berkenaan, didapati bacaan parameter Oksigen Terlarut (DO) adalah dalam lingkungan 3.5 - 3.8 mg/l dan nilai pH pula lingkungan 8.2 iaitu julat normal.
"Seramai 15 anggota penguat kuasa JAS diketuai saya telah ke lokasi kejadian di Sungai Kim Kim Pasir Gudang pada pukul 10.30 pagi tadi untuk melakukan siasatan kes aduan pencemaran sungai berwarna hitam yang diterima lewat petang semalam.
"Penerbangan dron juga telah dijalankan untuk mengenal pasti punca pencemaran air sungai dan kita dapati air sungai tidak berbau dan kelihatan normal. Bagaimanapun punca air hitam masih tidak dapat dikenal pasti seperti yang didakwa oleh penduduk," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Famey mengingatkan semua pihak agar tidak melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan kualiti sungai dan udara atau tindakan tegas akan diambil.
Beliau turut menyeru orang awam agar memberikan kerjasama dengan menyalurkan aduan atau maklumat kepada JAS jika berlaku sebarang pencemaran supaya siasatan dapat dilakukan dengan segera sebelum bukti pencemaran hilang di lokasi kejadian.
Sementara itu, tinjauan BERNAMA di sungai berkenaan mendapati tidak kelihatan tompokan hitam di situ.
Semalam genap ulang tahun kedua tragedi pencemaran Sungai Kim Kim yang menjejaskan ribuan pelajar sekolah serta masyarakat sekitar Pasir Gudang.
Seorang penduduk Kampung Bukit Pulai Pasir Gudang, yang hanya mahu dikenali sebagai Satria, mendakwa dia dapat menghidu bau busuk seperti yang dialaminya dua tahun lepas ketika hujan turun petang semalam.
"Bau kuat kira-kira pukul 3 atau 4 petang masa hujan. Sebelum ini, tiada bau kuat macam ni. Kita sudah buat laporan pada JAS dan mereka ada datang pagi tadi. Hari ini, Alhamdulillah, tiada bau.
"Saya rasa ada orang buang sisa semasa waktu hujan. Mereka simpan dulu sebab sudah lama tidak hujan di sini," katanya ketika di sini.
Terdahulu, di KLUANG, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan sebagai berkata JAS telah diarahkan untuk menyiasat 'tompokan air hitam' yang didakwa mencemari Sungai Kim Kim.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021
Semalam genap ulang tahun kedua tragedi pencemaran Sungai Kim Kim yang menjejaskan ribuan pelajar sekolah serta masyarakat sekitar Pasir Gudang. - Gambar fail/ Bernama
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Empat sungai di Pasir Gudang tercemar, membimbangkan - Exco
Empat sungai di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang termasuk Sungai Kim Kim didapati tercemar dan berada pada tahap yang membimbangkan.
Tragedi Sungai Kim Kim: Irfan Wafiy derita penyakit tiada ubat - Bapa
Bapa Irfan Wafiy Idham Wazir, 16, menceritakan penderitaan anaknya yang menghidap penyakit Myokymia didakwa akibat tragedi pencemaran Sungai Kim Kim.
Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia selesai saman di luar mahkamah - Peguam
Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia mempertimbang kaedah penyelesaian di luar mahkamah dalam saman sivil berjumlah RM30 juta memandangkan kes itu sudah berlarutan selama hampir lima tahun.
MBPG pasang peranti kesan aktiviti pencemaran termasuk di Sungai Kim Kim
Peranti itu mempunyai CCTV dan alat pengesan parameter tertentu seperti pH, amonia dan nitrat serta mempunyai penggera yang akan memberi amaran sekiranya berlaku pencemaran.
Pencemaran terkini Sungai Kim Kim berpunca daripada loji kumbahan terbiar
Pencemaran Sungai Kim Kim yang airnya bertukar warna kepada hitam serta mengeluarkan bau busuk dalam kejadian baru-baru ini adalah berpunca dari sebuah loji loji kumbahan terbiar berhampiran.
Tompokan hitam di Sungai Kim Kim bukan sisa kimia - Tuan Ibrahim
Ia hanya pencemaran (pelepasan) biasa daripada kilang dan tidak berbahaya kepada penduduk, bukan seperti pencemaran yang berlaku pada tahun 2019.
Sungai Kim Kim: Penduduk dakwa masih hidu bau gas
Sehingga hari ini, penduduk mendakwa masih dapat menghidu gas yang sebelum ini pernah menghantui hidup mereka.
Mayat lelaki ditemukan di Sungai Kim Kim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mulai kembung ditemukan di dalam Sungai Kim Kim.
Lebih 3,000 pelajar sekolah Pasir Gudang terima sokongan psikologi
Sokongan psikologi tersebut merupakan usaha berterusan pihaknya semenjak insiden pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Mac lalu.
160 mangsa Sungai Kim Kim fail saman 17 Julai ini
Seramai 160 mangsa yang terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim bakal menuntut ganti rugi daripada pihak berkuasa.