REMBAU: Sehingga semalam Kementerian Kesihatan (KKM) menerima lima notifikasi kes melibatkan individu berumur tiga hingga 30 tahun yang  disyaki dijangkiti virus cacar monyet.

Bagaimanapun menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kesemua kes membabitkan dua lelaki dan tiga perempuan adalah didapati negatif.

“Jadi sehingga 21 Jun, sebanyak lima kes disyaki monkey pox dinotifikasi kepada KKM. Kes ni berumur 3-30 tahun, dua lelaki dan tiga perempuan dan hanya dua kes mempunyai sejarah perjalanan ke negara non-endemic monkey pox yang melaporkan kes iaitu United Kinggom.

“Hanya satu kes yang disyaki mempunyai sejarah berisiko untuk mendapat jangkitan, tapi setelah kita buat ujian kepada lima kes ini, kesemua kes ini negatif virus cacar monyet,” jelasya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perasmian ‘Sleep Lab di Hospital Rembau, di sini pada petang Khamis.

Mengulas lanjut ujarnya, daripada lima notifikasi berkenaan, hanya dua kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara bukan endemik yang dilaporkan iaitu di United Kingdom.

Ujarnya, hasil ujian antaranya mendapati satu kes disahkan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan virus coxsackie A6, dua kes chickenpox, dan satu kes didapati negatif dan hanya di kaki.