PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan bahawa tiada unsur sabotaj wujud dalam kemalangan membabitkan helikopter di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Chester Voo berkata kemalangan yang berlaku adalah disebabkan faktor cuaca atau isu penyelenggaraan membabitkan helikopter.
“Setakat ini, tiada elemen mengatakan sabotaj...biasanya sebab cuaca atau penyelenggaraan kerana helikopter ini sama macam kereta dan ia memerlukan penyelenggaraan berterusan,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan taklimat dengan lebih 20 pengendali helikopter, di sini hari ini.
Mengenai taklimat hari ini, Voo berkata CAAM memberi nasihat dan peringatan tentang kepentingan penyelenggaraan dan operasi helikopter berikutan tiga kemalangan melibatkan helikopter berlaku dalam tempoh kurang enam bulan.
Pada 24 Mac lepas, dua cedera manakala tiga lagi selamat selepas helikopter jenis Airbus AS350 B3 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang.
Pada 8 Nov tahun lepas, dua helikopter jenis 9M-HCA dan 9M-HCB bertembung di udara di Taman Melawati, pinggiran Kuala Lumpur mengakibatkan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia Mohamed Sabri Baharom, 56 dan ahli perniagaan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rai, 41, terkorban.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66 dan penumpang Tan Chai Eian, 51, bagaimanapun dilaporkan selamat selepas melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang berdekatan.
Pada 1 Jan lepas, dua lelaki cedera ringan setelah helikopter ringan yang dinaiki mereka terhempas di sebidang tanah kosong di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Pulau Indah, Klang.
Mengenai punca kemalangan helikopter di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang itu, Voo berkata Biro Siasatan Udara Kementerian Pengangkutan (BSKU) akan menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca kemalangan helikopter jenis Airbus AS350 B3 itu.
“Siasatan dilakukan oleh BSKU dan selepas laporan siasatan keluar nanti, CAAM akan ambil dan kemudiannya sarankan kepada pihak industri mengenai penambahbaikan yang perlu dibuat. Punca sebenar kejadian masih belum diketahui,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 29 2021

Pada 24 Mac lepas, dua cedera manakala tiga lagi selamat selepas helikopter jenis Airbus AS350 B3 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang. - Gambar fail/ Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kronologi kejadian helikopter terhempas di Malaysia
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM, merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.

Helikopter Fennec TLDM mendarat cemas di Lumut
Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS555 SN Fennec terlibat dalam kemalangan di Pangkalan TLDM Lumut pada pagi Isnin.

Tiada elemen sabotaj dalam kemalangan helikopter di Malaysia
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan bahawa tiada unsur sabotaj wujud dalam kemalangan membabitkan helikopter di negara ini.

Nahas helikopter Taman Melawati: Dua mangsa disahkan maut
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan dua mangsa maut dalam nahas melibatkan dua helikopter dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor.

Najib beri penghormatan kepada Jamaluddin Jarjis
Datuk Seri Najib Razak pada Isnin memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis apabila beliau mempengerusikan mesyuarat GSIAC.