Datuk Seri Najib Razak pada Isnin memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis apabila beliau mempengerusikan mesyuarat tahunan ke-5 Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global
(GSIAC) di sini.
Sambil menyifatkan Jamaluddin sebagai seorang daripada arkitek GSIAC, Perdana Menteri berkata Jamaluddin memberi sumbangan besar kepada penciptaan dan pertumbuhan GSIAC seterusnya.
"Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggalkan kita semua terlalu cepat, dan dengan tiba-tiba, April lepas. Mari kita mengambil masa sejenak bagi mengingati Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis," kata Najib sebelum tayangan video dua minit di mesyuarat itu bagi memperingati Jamaluddin di sini Isnin (Selasa di Malaysia).
Bekas Menteri dan anggota Parlimen Rompin dan lima yang lain terbunuh dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Kajang pada 4 April lepas semasa dalam perjalanan dari Pekan, Pahang ke Subang.
Najib berkata: "Pemergian JJ merupakan satu kehilangan peribadi kepada saya, kerana dia adalah seorang rakan yang sangat rapat dan seseorang yang banyak jasanya kepada negara. Apabila dia menjadi duta kita di Washington, beliau memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan Malaysia dengan Amerika
Syarikat.
"Kami di sini hari ini meneruskan kerja-kerja yang JJ membantu untuk memulakannya. Saya pasti dia akan berbangga dengan apa yang telah kita capai dan kerja-kerja yang kita akan terus lakukan hari ini," kata Perdana Menteri.
Allahyarham Jamaluddin sebagai Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, bersama-sama dengan Tan Sri Zakri Abdul Hamid, memainkan peranan penting dalam membawa bersama-sama pakar-pakar antarabangsa, ahli akademik, penerima anugerah Nobel dan pemimpin industri bagi membincangkan ekonomi Malaysia yang pesat berkembang dengan penekanan kepada pelaksanaan dan hasil yang ketara.
Bernama
Tue Sep 29 2015

Bekas Menteri dan anggota Parlimen Rompin dan lima yang lain terbunuh dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Kajang pada 4 April lepas semasa dalam perjalanan dari Pekan, Pahang ke Subang.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tingkat tahap pendidikan, kemahiran akan pacu produktiviti dan pertumbuhan - Najib
Malaysia perlu memberi tumpuan untuk berada di barisan hadapan dalam menggunakan dan mencipta teknologi baharu.

Malaysia naik satu tangga dalam ranking indeks inovasi global
Kestabilan politik, kemasukan pelaburan langsung asing dan industri berasaskan eksport antara faktor bagi kejayaan transformasi Malaysia.

Najib beri penghormatan kepada Jamaluddin Jarjis
Datuk Seri Najib Razak pada Isnin memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis apabila beliau mempengerusikan mesyuarat GSIAC.

Malaysia mampu laksana sains dan inovasi sebagai teras pembangunan lestari
Malaysia sudah bersedia melaksanakan penerapan ilmu sains dan inovasi sebagai teras pembangunan negara yang lestari, menurut Naib Presiden Eksekutif Akademi Sains New York, TC Westcott.

Najib tiba di San Francisco
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bakal memulakan lawatan kerja di San Francisco dan New York hingga 29 Sept.