Malaysia perlu lebih serius dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran dalam negara supaya pertumbuhan dan gaji yang lebih tinggi akan terhasil daripada peningkatan produktiviti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malaysia juga, kata beliau, perlu memberi tumpuan untuk berada di barisan hadapan dalam menggunakan dan mencipta teknologi baru, bagi mendapat dan mengekalkan kelebihan daya saing dalam jangka panjang.
"Kita perlu memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan serta proses yang lebih baik dalam industri. Kita perlu fokus bukan sahaja pada inovasi, tetapi terhadap mengkomersialkan inovasi," kata beliau dalam ucapan mengenai Daya Saing Global: Aspirasi Malaysia pada Siri Syarahan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC)-Khazanah di sini pada Selasa.
Beliau berkata ini adalah tugas besar yang tidak boleh hanya menjadi satu perkara yang melibatkan kerajaan dan menyeru sektor swasta untuk turut memainkan peranan penting, termasuk dalam latihan di semua peringkat kehidupan.
"Kita perlu membentuk perkongsian baru supaya semua peserta penting dalam ekonomi kita bersatu dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
"Ini bermakna rakyat kita diperkasa dengan kemahiran dan kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan dunia di mana tanpa usaha bukan satu pilihan," kata beliau.
Beliau berkata Malaysia mempunyai pelan ekonomi yang telah menunjukkan hasil dan akan terus berbuat demikian untuk faedah rakyat Malaysia bukan sahaja hari ini, tetapi tahun-tahun dan dekad akan datang.
Cabaran pertumbuhan dan pembangunan ekonomi mampan dalam ekonomi global yang lebih kompetitif akan menguji Malaysia, dan tidak boleh dicapai tanpa keazaman politik dan komitmen untuk melabur masa dan sumber, kata Najib.
"Tetapi saya percaya kita akan melakukannya. Saya percaya potensi dan kemampuan Malaysia untuk mencari model pertumbuhan yang seimbang dan mampan dan mewujudkan peluang untuk semua," kata beliau.
Sementara itu, siri syarahan itu dihadiri antara lain oleh Profesor Alice Gast iaitu Presiden Imperial College London, Profesor Zakri Abdul Hamid, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd serta Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT).
Siri Syarahan berkenaan mendahului mesyuarat tahunan keenam GSIAC yang dipengerusikan oleh Najib kemudiannya.
Bernama
Wed May 18 2016

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sesuatu semasa berucap pada siri ceramah Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC)-Khazanah, di London, Selasa. - FotoBERNAMA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Tingkat tahap pendidikan, kemahiran akan pacu produktiviti dan pertumbuhan - Najib
Malaysia perlu memberi tumpuan untuk berada di barisan hadapan dalam menggunakan dan mencipta teknologi baharu.

Malaysia naik satu tangga dalam ranking indeks inovasi global
Kestabilan politik, kemasukan pelaburan langsung asing dan industri berasaskan eksport antara faktor bagi kejayaan transformasi Malaysia.

Najib beri penghormatan kepada Jamaluddin Jarjis
Datuk Seri Najib Razak pada Isnin memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis apabila beliau mempengerusikan mesyuarat GSIAC.

Malaysia mampu laksana sains dan inovasi sebagai teras pembangunan lestari
Malaysia sudah bersedia melaksanakan penerapan ilmu sains dan inovasi sebagai teras pembangunan negara yang lestari, menurut Naib Presiden Eksekutif Akademi Sains New York, TC Westcott.

Najib tiba di San Francisco
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bakal memulakan lawatan kerja di San Francisco dan New York hingga 29 Sept.