Tiada Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi dikesan pada ternakan ikan di sebuah kolam di Kuala Dipang, Kampar berdasarkan ujian makmal yang dijalankan.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak Dr Bah Piyan Tan berkata Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur telah menjalankan ujian persampelan terhadap ikan dan air kolam berkenaan sebanyak tiga kali.
Katanya keputusan ujian yang dikeluarkan pada 27 Mac lalu menunjukkan ia negatif DNA babi.
"Kita tak boleh nak kata (keputusan) bebas (DNA babi sepenuhnya), ini kerana biasanya lepas 72 jam ikan makan (bangkai babi) pihak penyelidik sukar mengesan DNA itu kerana ia telah dicernakan.
"Mungkin semasa ambil sampel kejadian (beri ikan makan bangkai babi) telah berlaku lama, namun penyelidik ada menemukan beberapa tulang dan kesan daging haiwan di kawasan kolam," katanya kepada pemberita selepas program gotong-royong sempena program Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017 di sini hari ini.
Ditanya sama ada kolam bekas lombong seluas lima hektar itu masih beroperasi atau sebaliknya, Dr Bah berkata Jabatan Perikanan tiada kuasa untuk menutupnya kerana ia di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Kampar.
"Cumanya semakan memang mendapati kolam ternakan tersebut tidak pernah didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan, beroperasi secara haram dan tidak mendapat kelulusan tapak dari Pejabat Tanah Kampar," katanya.
Kolam ternakan ikan yang dipercayai diusahakan secara haram di atas tanah lombong di Kuala Dipang itu diserbu pihak berkuasa pada 7 Mac susulan maklumat bahawa ikan di kolam itu diberi makan bangkai babi.
Operasi menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu membabitkan beberapa jabatan seperti Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam Perak; Jabatan Alam Sekitar; Pejabat Daerah dan Tanah Kampar serta polis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017

Kolam ternakan ikan yang dipercayai diusahakan secara haram di atas tanah lombong di Kuala Dipang itu diserbu pihak berkuasa pada 7 Mac susulan maklumat bahawa ikan di kolam itu diberi makan bangkai babi.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Babi makan babi' antara punca penyebaran ASF di Sarawak
Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom menggesa amalan pemberian makanan menggunakan sisa dapur dihentikan kerana produk makanan yang tercemar (termasuk daging babi) jadi punca jangkitan ASF.

DVS hapus 16,000 babi dijangkiti Demam Babi Afrika di Melaka
Virus ASF mula dikesan di Paya Mengkuang pada akhir bulan lepas.

MCMC gesa Seniman tampil buat laporan berhubung filem 'Babi'
MCMC berkata proses penelitian terhadap kandungan boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta AKM 1998.

Terbongkar! Virus ini punca lebih 1,000 babi mati secara misteri di Bali
Pihak berkuasa Bali mengesahkan pulau tersebut terjejas akibat demam babi Afrika (ASF) susulan kematian kira-kira 1,000 ekor haiwan tersebut, sejak beberapa bulan lalu.

Polis tahan lelaki lempar bungkusan berisi daging babi ke perkarangan masjid
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, di sini awal hari ini.

Tiada laporan ternak babi secara haram di N. Sembilan - Pengarah Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan tidak ada menerima laporan mengenai kegiatan penternakan babi secara haram di Negeri Sembilan.

Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan
Pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya.

Pengguna Islam makan coklat Cadbury esok
Lebih kurang 100 pengguna Islam termasuk blogger akan makan coklat Cadbury pada petang Ahad untuk mempertahankan bahawa produk jenama itu sah halal.

Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim?
Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim menurut sumber dari www.halal.gov.my

Bila ustaz hendak makan coklat Cadbury?
Apakah caranya untuk mengembalikan keyakinan umat Islam kepada logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia?