KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk tampil mengemukakan aduan kepada agensi itu berhubung filem kontroversi berjudul "Babi".
Jabatan Komunikasi Korporat MCMC berkata proses penelitian terhadap kandungan boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
"Selain AKM, penelitian juga boleh dibuat oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang berkenaan mengikut peruntukan undang-undang lain yang terpakai berkaitan dengan kandungan atau penyiaran kandungan.
"Sekiranya hasil penelitian dan siasatan yang dijalankan mendapati terdapat unsur pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang sedia ada, maka tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh agensi yang berkenaan selaras kesalahan yang dilakukan mengikut undang-undang," katanya agensi itu dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, MCMC memaklumkan telah berhubung dengan pihak YouTube pada 19 November lalu berhubung treler filem "Babi" yang dimuat naik di saluran milik Namewee, namun masih menunggu maklum balas.
Filem "Babi" arahan penyanyi dan pengarah muzik, Namewee menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak kerana didakwa boleh mengganggu-gugat keharmonian penduduk berbilang bangsa di negara ini.
Malah terdapat beberapa laporan polis telah dibuat berhubung filem berkenaan.
Sebelum ini, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 37, mencetuskan kontroversi pada tahun 2007 apabila menghasilkan video rap dari lirik lagu kebangsaan yang menghina negara, pasukan polis, Melayu dan azan.
Selepas menerima desakan daripada pelbagai pihak, dia kemudiannya membuat permohonan maaf.
Afiezy Azaman
Sun Dec 13 2020

MCMC meminta Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk tampil mengemukakan aduan kepada agensi itu berhubung filem kontroversi berjudul "Babi".

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, pada Rabu.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.
[TERKINI] Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, pada awal Februari lalu.

YouTube mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI untuk YouTube Shorts
Pengguna boleh menjana video melalui input teks dan imej menggunakan ciri Dream Screen dalam kamera YouTube Shorts.

Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.

YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

YouTube mula banteras video dengan tajuk, grafik umpan klik
Tajuk video dan imej kerdil yang digunakan tidak serasi dengan kandungan sebenar video sehingga menimbulkan kemarahan penonton.

Kerjasama YouTube, CAA tangani video palsu babitkan selebriti
Menerusi kerjasama ini, YouTube akan memastikan bahawa imej pelanggan CAA yang digunakan untuk menghasilkan video palsu dijana kecerdasan buatan (AI) yang tidak dibenarkan akan dibuang dengan segera.

YouTube tampil ciri 'Auto Dubbing' ubah audio bahasa guna AI
YouTube kini menawarkan ciri auto dubbing yang secara automatik mengalih bahasa video menggunakan AI dari Google DeepMind dan Google Translate.

Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.

YouTube perkenal Jewels sebagai hadiah ketika penstriman langsung
Ciri ini dilihat sebagai cara untuk menarik perhatian pengkarya untuk melakukan penstriman langsung dengan kerap di YouTube bagi menjana pendapatan.