MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan coklat Cadbury yang sebelum ini dikesan mengandungi unsur babi sebenarnya tidak ada babi. Beliau membuat pengumuman itu sebaik saja pihaknya menerima laporan ujian makmal daripada Jabatan Kimia di Petaling Jaya.
Ujian dibuat ke atas 11 sampel itu melibatkan dua jenis coklat yang terlibat, empat produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama serta lima bahan mentah yang mungkin ada unsur haiwan. Sampel berkenaan dihantar untuk ujian oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana ujian awal yang didedahkan oleh Kementerian Kesihatan — yang mencampakkan kita ke dalam isu halal atau tidak coklat Cadbury ini — dikatakan dibuat ke atas sampel yang diambil dari pasaran.
Menurut Jakim, ujian status halal yang ia jalankan lebih ketat. Ia pergi terus kepada sumber asalnya iaitu kilang. Dengan membuat ujian ke atas produk di kilang, ia akan dapat mengetepikan soal pencemaran yang berlaku selepas produk berkenaan masuk ke pasaran.
Pengumuman Jamil Khir itu hanya merumuskan satu perkara: tidak ada unsur babi dalam coklat Cadbury yang diuji. Tentang sijil halal ke atas produk syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. yang terlibat, Jakim akan memeriksa semula "seluruh rantaian pengeluaran produk" dan membentangkan laporan kepada Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum ia boleh mengeluarkan semula Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang ia tarik balik serta-merta sejak 24 Mei lalu.
Kenyataan Jamil Khir itu sepatutnya menamatkan isu coklat ada babi. Dakwaan bahawa coklat Cadbury dengan kazang hazel dan buah badam ada unsur babi itu sebenarnya tidak betul. Cerita sudah habis. Umat Islam sepatutnya boleh makan coklat Cadbury (semula) tanpa was-was.
Tetapi kalau melihat kepada reaksi di media sosial sejak selepas pengumuman Jamil Khir itu, isu ini nampaknya belum lagi hendak selesai. Reaksi orang ramai bercampur-campur. Ada yang yakin, ada yang tidak yakin dan selebihnya, banyak juga yang keliru. "Sekejap ada babi, sekejap tak ada babi." Itu antara reaksi mereka.
Ada beberapa soalan yang tinggal belum berjawab:
1. Coklat yang diuji oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini datang dari mana?
2. Ujian oleh Kementerian Kesihatan itu dibuat di mana?
3. Apakah coklat yang diuji itu tercemar di pasaran?
4. Jika benar tercemar di pasaran, bagaimana coklat yang berbungkus boleh tercemar?
5. Apakah sebenarnya coklat itu tidak tercemar di pasaran tetapi coklat yang diseludup dari negara jiran dengan bungkusan yang sama dan label yang serupa?
Ini antara soalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa.
Dalam masyarakat Islam yang cukup sensitif tentang soal babi dalam makanan, cerita babi dalam coklat ini perlu penyelesaian yang muktamad. Wajar atau tidak mereka terlalu sensitif tentang haramnya babi tetapi tidak begitu peduli soal dosa dan mudarat perkara lain yang jelas haram seperti riba, rasuah dan menyeleweng harta awam, itu soal yang lain.
Apa yang dihadapi oleh Jakim sekarang ini bukan saja soal coklat ada babi tetapi sejauh mana logo halal yang ia keluarkan boleh dipercayai. Itu isu sebenarnya. Itu isu yang perlu ditangani oleh Jakim sekarang.
Ingat lagi isu keselamatan ayam semasa gempar cerita penyakit selesema burung lebih kurang 10 tahun lalu? Kementerian Pertanian yang ketika itu diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin menjamu hidangan ayam kepada Jemaah Menteri. Majlis makan tengahari itu berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya. Menurut laporan media, ada hidangan sup ayam dengan telur puyuh, ayam goreng berempah, ayam rendang Minang, ayam masak kicap dan ayam goreng.
"Rasa ayam itu amat enak sekali dan kita berharap ramai lagi akan makan ayam kerana ayam kita selamat dan rasanya pun sedap," kata Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang mengetuai Jemaah Menteri hadir ke majlis jamuan makan tengahari itu. Majlis itu dibuat untuk mengembalikan keyakinan orang ramai kepada tahap keselamatan ayam kerana pada waktu itu, jualan ayam sudah merosot sehingga 30 peratus.
Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong juga pernah melakukan hal yang sama pada 2002 apabila beliau minum air kitar semula jenama NEWater yang dikeluarkan oleh republik itu. Pada masa itu, rakyat Singapura tidak yakin air yang dirawat itu selamat dan bersih untuk diminum.
Itulah yang barangkali perlu dilakukan oleh Jakim sebagai pihak berkuasa agama di negara ini. Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pun sepatutnya ikut sama. Mereka perlu menunjukkan kepada umat Islam di negara ini bahawa logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim itu sah dan harus dipercayai tanpa ragu-ragu. Makanya, mereka wajar makan dahulu coklat Cadbury itu.
Apakah ada cara lain untuk mengembalikan keyakinan umum yang hilang itu?
Noor Azam Shairi
Mon Jun 02 2014
Menurut Jakim, ujian status halal yang ia jalankan lebih ketat. Ia pergi terus kepada sumber asalnya iaitu kilang.
KRW miliki DNA TRW - Ultras Kelantan
Muhamad Firdaus berkata, majoriti individu yang menjadi 'tonggak' KRW merupakan kumpulan pelabur TRW.
PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas
Keluarga dan orang ramai dari pelbagai peringkat umur datang ke gereja Johanniskirche, tempat utama untuk upacara berkabung itu.
Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung sempena cuti sekolah
Kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu.
Teruskan PKKP bukti Kerajaan MADANI prihatin terhadap pesara
Kebanyakan ahli bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.
'Babi makan babi' antara punca penyebaran ASF di Sarawak
Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom menggesa amalan pemberian makanan menggunakan sisa dapur dihentikan kerana produk makanan yang tercemar (termasuk daging babi) jadi punca jangkitan ASF.
DVS hapus 16,000 babi dijangkiti Demam Babi Afrika di Melaka
Virus ASF mula dikesan di Paya Mengkuang pada akhir bulan lepas.
MCMC gesa Seniman tampil buat laporan berhubung filem 'Babi'
MCMC berkata proses penelitian terhadap kandungan boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta AKM 1998.
Terbongkar! Virus ini punca lebih 1,000 babi mati secara misteri di Bali
Pihak berkuasa Bali mengesahkan pulau tersebut terjejas akibat demam babi Afrika (ASF) susulan kematian kira-kira 1,000 ekor haiwan tersebut, sejak beberapa bulan lalu.
Polis tahan lelaki lempar bungkusan berisi daging babi ke perkarangan masjid
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, di sini awal hari ini.
Tiada laporan ternak babi secara haram di N. Sembilan - Pengarah Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan tidak ada menerima laporan mengenai kegiatan penternakan babi secara haram di Negeri Sembilan.
Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan
Pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya.
Pengguna Islam makan coklat Cadbury esok
Lebih kurang 100 pengguna Islam termasuk blogger akan makan coklat Cadbury pada petang Ahad untuk mempertahankan bahawa produk jenama itu sah halal.
Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim?
Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim menurut sumber dari www.halal.gov.my
Bila ustaz hendak makan coklat Cadbury?
Apakah caranya untuk mengembalikan keyakinan umat Islam kepada logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia?