BANGKOK: Malaysia dan Thailand harus bekerjasama memanfaatkan potensi besar industri kreatif agar berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata industri kreatif dilihat semakin berperanan penting dalam menjana ekonomi serta mampu menyumbang secara signifikan kepada pendapatan negara.
"Malaysia dan Thailand mempunyai sejumlah besar produk kreatif yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar ia dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
"Industri kreatif bukan sahaja sekadar mengisi masa lapang dan hobi semata-mata. Kita perlu mengubahnya untuk menjana pendapatan," katanya.
Annuar yang sedang mengadakan lawatan kerja empat hari ke Thailand berkata demikian dalam program "Newsline" yang disiarkan Perkhidmatan Penyiaran Kebangsaan Thailand (NBT) pada malam Rabu.
Beliau turut menekankan mengenai peranan yang boleh dimainkan antara agensi komunikasi dan multimedia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala Kuala Lumpur-Bangkok.
Malaysia dan Thailand menikmati hubungan baik sejak sekian lama bukan sahaja antara kerajaan dengan kerajaan tetapi dalam kalangan rakyat kedua-dua negara.
"Kita perlu terus memperkukuh kerjasama. Kita seharusnya memperkayakan diri dengan menambah baik dan mencipta peluang melalui kerjasama.
"ASEAN, sebagai contoh, sebuah rantau yang mempunyai potensi besar dari segi ekonomi, budaya, pendidikan dan maklumat. Apa yang perlu kita lakukan ialah menggalakkan lebih banyak kerjasama dua hala dan pelbagai hala.
"Atas alasan itu, saya di sini (di Thailand). Saya ingin terus membina hubungan baik antara Thailand dan Malaysia kerana saya dapat meramalkan potensi besar dalam bidang ini demi kebaikan rakyat kita," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata Malaysia berminat untuk mengkaji semula beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan Thailand sejak beberapa tahun lalu demi mengeratkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang.
"Saya memberitahu pegawai (saya) di pelbagai agensi untuk menyemak semula MoU itu. Memberi nafas baharu dan ia harus merangkumi pengalaman dan peluang terkini. Ia bukan sekadar dokumen tetapi (ia) perlu membawa (kerjasama) kita ke peringkat seterusnya," katanya.
Beliau juga menggesa pemain industri di ASEAN untuk memanfaatkan pertumbuhan pesat dunia digital bagi memacu rantau ini maju ke depan.
"Di ASEAN, kita mempunyai orang yang kreatif, sumber dan segala-galanya. Mari kita satukan perkara ini dan menjadi sebahagian daripada pemain global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022
![Thailand, Malaysia digesa bekerjasama, teroka potensi ekonomi industri kreatif Thailand, Malaysia digesa bekerjasama, teroka potensi ekonomi industri kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655973321_MenteriKomunikasid.jpg)
Annuar berkata, Malaysia dan Thailand mempunyai sejumlah besar produk kreatif yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar ia dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. - Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni? Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711836749_TBfilmclapboard.jpg)
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.
![Kementerian Komunikasi cari penyelesaian untuk bantu industri kreatif Kementerian Komunikasi cari penyelesaian untuk bantu industri kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709030447_TBTeoNieChing.jpg)
Kementerian Komunikasi cari penyelesaian untuk bantu industri kreatif
Kementerian Komunikasi sedang mencari penyelesaian bagi membantu memperkemas operasi dalam industri kreatif.
![Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705573246_KamilOthman.jpg)
Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif
Finas akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif.
![Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703066246_Bfahmifadziljp.jpg)
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
![FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702935475_DatukKamilOthman.jpg)
FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.
![Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701881186_TBjurusolek.jpg)
Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT
Ada yang berpendapat, kerjaya sebagai jurusolek low class, sedangkan profesion itu boleh tawar pendapatan lumayan.
![Finas tumpu pembangunan skrip, produksi bersama tingkatkan industri kreatif Malaysia Finas tumpu pembangunan skrip, produksi bersama tingkatkan industri kreatif Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677232936_Finas.jpg)
Finas tumpu pembangunan skrip, produksi bersama tingkatkan industri kreatif Malaysia
RM90 juta yang diperuntuk bagi industri kreatif dalam Belanjawan 2024 adalah memadai untuk menambah baik industri perfileman Malaysia.
![Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan - Fahmi Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697016179_FahmiFadzil.jpg)
Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan - Fahmi
Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
![Belanjawan 2024 rancakkan pertumbuhan industri kreatif - Altimet Belanjawan 2024 rancakkan pertumbuhan industri kreatif - Altimet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697282369_SyedAhmadSyedAbdu.jpg)
Belanjawan 2024 rancakkan pertumbuhan industri kreatif - Altimet
Pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dapat dilaksanakan dengan peruntukan RM160 juta menerusi Belanjawan 2024.
![Belia berbakat industri kreatif dicadang diiktiraf 'Ikon MADANI Muda' Belia berbakat industri kreatif dicadang diiktiraf 'Ikon MADANI Muda'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663228819_NorainiAhmad.jpg)
Belia berbakat industri kreatif dicadang diiktiraf 'Ikon MADANI Muda'
Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf belia berbakat dalam sektor industri kreatif digital sebagai 'Ikon MADANI Muda'.