KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif agar bukan sahaja berupaya menjalankan kerja-kerja penerbitan malah mempunyai kemahiran mendapatkan dana dari negara luar.
Pengerusi Finas Datuk Kamil Othman berkata dengan melahirkan modal insan seumpama itu ia akan dapat meletakkan industri perfileman tempatan ke persada antarabangsa melalui pendekatan produksi bersama.
"Peranan penerbit dalam penghasilan filem sangat besar tetapi kita biasa dengar pengarah adalah orang yang sama menjadi penerbit, orang yang sama jadi pelakon dan sebagainya atas alasan untuk menjimatkan kewangan...ini kekurangan kita.
"Sebab itu, antara fokus Finas ketika ini adalah untuk mewujudkan satu generasi penerbit yang tahu selok-belok pengurusan kewangan sesebuah penerbitan dan dalam masa yang sama dia juga tahu bagaimana untuk mendapatkan dana dari negara luar," katanya kepada Bernama selepas Seminar Bicara Filem Bersama 'Tiger Stripes' hari ini.
Mengambil contoh filem Tiger Stripes yang merupakan filem penerbitan bersama melibatkan Malaysia, Singapura, Taiwan, Perancis, Jerman, Belanda, Indonesia dan Qatar, Kamil berkata produksi filem secara kerjasama dengan negara luar itu secara automatik telah membuka ruang filem berkenaan ke pasaran luar negara.
Mengenai Seminar Bicara Filem itu, Kamil berkata ia akan dijadikan sebagai platform perkongsian idea serta pengetahuan berhubung filem tempatan yang telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.
"Seminar ini merupakan anjuran Unit Latihan Industri, Bahagian Pembangunan Industri Finas dan objektifnya adalah untuk menjadi platform perkongsian idea filem yang telah berjaya di luar negara sekali gus bagi merangsang pemikiran kreatif.
"Untuk permulaan kita adakan perkongsian mengenai kejayaan filem, akan datang mungkin perkongsian pengalaman dan pengetahuan dengan penerbit pula dan sebagainya. Menerusi perkongsian seperti ini, generasi baharu atau pelajar dalam industri ini dapat menimba pengalaman di samping membina hubungan baik dengan penggiat industri," katanya.
Tahun lepas Tiger Stripes, filem arahan anak Malaysia Amanda Nell Eu mencipta sejarah menjadi filem Malaysia pertama merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes edisi ke-62.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024

Kamil berkata dengan melahirkan modal insan seumpama itu ia akan dapat meletakkan industri perfileman tempatan ke persada antarabangsa melalui pendekatan produksi bersama. - Gambar fail/Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.

Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.

FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.

Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.

Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.

FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.

FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.

FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.