MEKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan sebanyak 30 juta riyal (RM38 juta) bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31, 600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini, kata Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata, biarpun terdapat peningkatan kos bahan mentah ditambah lagi dengan kenaikan harga bahan api menyebabkan berlaku peningkatan kepada kos pengangkutan, namun kos ditanggung oleh TH tetap sama berikutan perjanjian jangka masa panjang yang ditandatangani oleh pihak penyedia makanan.
"Kalau kita lihat kos untuk penyediaan makanan setiap tahun meningkat sebab harga bahan-bahan mentah naik dan jika kita teliti, bahan mentah yang digunakan, ada yang diimport dari luar negara (luar dari Arab Saudi).
"Selain itu kos penghantaran turut meningkat termasuk percukaian dan pihak kerajaan (Arab Saudi) berkuasa untuk menentukan ada proses-proses dan kemudahan tertentu perlu ditambah baik untuk meningkatkan standard (penyediaan makanan), menyebabkan pihak katering juga perlu mematuhinya, dan ini semua melibatkan kos.
"Hal ini menjadi satu perkara yang mencabar untuk TH bagaimana hendak menangani kenaikan kos dan dalam masa sama menyediakan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji," katanya kepada petugas media selepas mengadakan lawatan di tiga buah dapur penyediaan makanan untuk jemaah haji Malaysia di sekitar Mekah hari ini.
Beliau berkata, TH telah menyaring dan meneliti sebelum memilih lapan syarikat katering tempatan yang mempunyai lesen dan sijil diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi bagi menyediakan makanan berkhasiat serta bersih untuk jemaah haji.
Lapan syarikat penyedia makanan itu terdiri daripada enam di Makkah iaitu Al Wafa Catering, Al Salmi Catering, Nakha Alia Catering, Mohsen Mohd Al Amoudi Catering (Retaj Restaurant), Fawzy Abo Rozeyza (Makkah Kitchen) dan Tadco Catering.
Keutamaan kontrak katanya, diberikan kepada syarikat penyedia makanan yang memenuhi piawaian antarabangsa dalam soal pengurusan keselamatan iaitu Hazard Analysis and Critical Control (HACCP) iaitu amalan terbaik dalam industri penyediaan makanan.
"Sebelum beroperasi mereka juga melalui proses saringan penilaian ketat oleh kerajaan Arab Saudi yang memerlukan mereka memohon menerusi pejabat Gabenor Mekah dan Bandaraya Mekah, Jabatan Alam Sekitar, pejabat penguat kuasa selain perlu mendapat sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi, " katanya.
Syed Salleh berkata, pada masa sama, untuk memastikan kualiti makanan berada di tahap terbaik, TH menerusi Unit Katering daripada TH Travel bersama Unit Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan (KKM) turut melakukan pemeriksaan terhadap dapur yang digunakan.
Ia termasuk pemeriksaan fizikal tempat digunakan seperti tempat penyimpanan barang, tempat untuk memotong bahan mentah dan tempat penyediaan makanan untuk memastikan tahap kebersihannya selain memeriksa sistem perparitan, sistem pengurusan sisa serta peralatan digunakan.
Sementara itu, Syed Salleh berkata, sebanyak 3.2 tan beras digunakan untuk menyediakan hidangan tengah hari dan makan malam kepada jemaah haji setiap hari beserta lima tan protein dan 2.5 tan sayur.
Dari segi variasi menu makanan pula, TH menetapkan syarikat katering terlibat menyediakan 42 jenis menu berbeza sepanjang musim haji kali ini untuk makan tengah hari dan malam bagi jemaah haji muasasah.
Makanan disediakan kemudian dihantar ke tempat penginapan jemaah haji dalam kotak pemanas dengan menggunakan kenderaan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu mempunyai sistem pengesanan global.
- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Menurut Syed Saleh, biarpun terdapat peningkatan kos bahan mentah, namun kos ditanggung oleh TH tetap sama berikutan perjanjian jangka masa panjang yang ditandatangani oleh pihak penyedia makanan. - Foto Tabung Haji

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.

Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.

Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.

Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk

Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.

TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.

Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.

Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.

Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.

Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.