KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu telah menubuhkan Majlis Mineral Unsur Nadir Bumi (REE) di negeri itu sebagai platform dalam menangani semua urusan berkaitan dengan perlombongan dan pembangunan industri berkenaan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penubuhan majlis tersebut bertujuan bagi memastikan kedaulatan dan hak Terengganu sebagai pengeluar REE dapat dilindungi dengan sewajarnya demi kepentingan rakyat dan negeri.
Jelas beliau, Majlis Mineral REE Negeri Terengganu berperanan dalam menentukan dasar dan hala tuju pembangunan berkaitan REE termasuk mengadakan perbincangan royalti serta pembangunan peluang perniagaan.
"Ia turut berfungsi untuk memantau projek dan pembahagian peluang-peluang perniagaan serta peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.
"Selain itu, majlis tersebut juga akan memberi fokus kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR), pembangunan modal insan dan ekonomi bagi rakyat termasuk pengagihan kontrak secara berpusat kepada kontraktor yang berdaftar demi memastikan kesinambungan peluang perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jertih, Dr Riduan Mohamad Nor di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15, di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri menyatakan Majlis Mineral REE itu dinaungi oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan dipengerusikan oleh Menteri Besar.
Katanya lagi, unjuran potensi REE telah dilakukan melalui Kajian NR-REE di Malaysia yang dimulakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) pada tahun 2014 dengan kerjasama daripada Akademi Sains Malaysia (ASM).
Menurutnya, kajian yang dilakukan adalah terhad kepada kawasan luluhawa granit yang terdapat di daerah Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dengan anggaran keluasan kawasan yang berpotensi adalah seluas 581,735 hektar (1,437,500 ekar) dan mampu mengeluarkan sebanyak 7,187,500 juta tan.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri menyatakan satu lawatan bagi kumpulan kerja teknikal juga telah dilakukan ke kawasan perlombongan REE di Gerik, Perak pada Mac lalu bagi melihat aktiviti perlombongan REE secara lebih dekat.
Katanya, lawatan berkaitan REE juga telah diadakan di Kilang Lynas, Gebeng Kuantan di mana kilang tersebut merupakan kilang memproses REE yang diimport dari negara luar iaitu Australia.
"Kerajaan negeri juga akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ke arah pembangunan mineral yang lestari dan mampan," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 05 2023
![Terengganu tubuh Majlis Mineral REE lindung hak negeri Terengganu tubuh Majlis Mineral REE lindung hak negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696477697_TBAhmadSamsuri.jpg)
Ahmad Samsuri berkata, penubuhan majlis tersebut bertujuan bagi memastikan kedaulatan dan hak Terengganu sebagai pengeluar REE dapat dilindungi dengan sewajarnya. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 16 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
![Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
![Biskut beracun: 'Terasa masam, mujur dia sempat muntahkan' - Bapa Biskut beracun: 'Terasa masam, mujur dia sempat muntahkan' - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721036126_TBREMAJARACUN.jpg)
Biskut beracun: 'Terasa masam, mujur dia sempat muntahkan' - Bapa
Remaja lelaki yang nyaris maut selepas termakan biskut dicampur racun di sebuah kebun, pada Jumaat lalu kini stabil dan di pantau selama 72 jam sebelum dibenarkan pulang.
![JKNT nafi peningkatan kes rotavirus di Terengganu JKNT nafi peningkatan kes rotavirus di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721029238_Rotavirus.jpg)
JKNT nafi peningkatan kes rotavirus di Terengganu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan terdapat peningkatan kes rotavirus di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) seperti yang tular di laman sosial dua hari lalu.
![Lagi kes termakan makanan beracun, remaja nyaris maut di Kemaman Lagi kes termakan makanan beracun, remaja nyaris maut di Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720954096_TBBISKUTRACUN.jpg)
Lagi kes termakan makanan beracun, remaja nyaris maut di Kemaman
Seorang remaja berusia 13 tahun nyaris maut selepas makan biskut yang dipercayai dicampur racun dalam kejadian di Kampung Dadong, Kemaman Jumaat lalu.
![Jadi pelayan pusat hiburan, 14 wanita Thailand didenda Jadi pelayan pusat hiburan, 14 wanita Thailand didenda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720948250_TBTHAIPAS.jpg)
Jadi pelayan pusat hiburan, 14 wanita Thailand didenda
Seramai 14 wanita warga Thailand masing-masing didenda RM700 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku menyalahgunakan pas lawatan sosial.
![Bayi alami pendarahan otak, pengasuh direman tujuh hari Bayi alami pendarahan otak, pengasuh direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718448769_Bayialamipendaraha.jpg)
Bayi alami pendarahan otak, pengasuh direman tujuh hari
Seorang pengasuh ditahan bagi membantu siasatan kes bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami pendarahan otak serta patah tangan kiri di Kemaman.
![Tiga sekeluarga dihanyut kepala air sempat berpaut pada pelampung Tiga sekeluarga dihanyut kepala air sempat berpaut pada pelampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717395729_tbnyarislemas.jpg)
Tiga sekeluarga dihanyut kepala air sempat berpaut pada pelampung
Siti Alia Aisha Mohd Afandi, 30, berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku dalam tempoh yang singkat.
![MOTAC Terengganu ambil tindakan Op Penguatkuasaan Bas Persiaran MOTAC Terengganu ambil tindakan Op Penguatkuasaan Bas Persiaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716633467_MOTACJPJTerengga.jpg)
MOTAC Terengganu ambil tindakan Op Penguatkuasaan Bas Persiaran
MOTAC Terengganu mengeluarkan enam notis dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Kenderaan Persiaran, selama dua hari bermula semalam.
![Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716275504_Handcuffedwomen.jpg)
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
![Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716020097_bayi.jpg)
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
![Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715830956_cuacapanas.jpg)
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.