JERTIH: Penularan demam malaria melalui kes import di Terengganu agak membimbangkan apabila 24 kes direkodkan daripada keseluruhan 25 kes sejak awal tahun ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata baki satu kes adalah jangkitan malaria daripada haiwan (zoonotik).
"Walaupun kes import iaitu jangkitan yang dibawa oleh warga asing ini menunjukkan penurunan berbanding 30 kes pada tahun lepas ia tetap merisaukan.
"Sebanyak 24 kes malaria import yang disebarkan oleh nyamuk tiruk ini membabitkan warga Rohingya, Bangladesh, Pakistan, India dan Papua New Guinea," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Hadhari di sini hari ini.
Beliau berkata peningkatan ketara kes berlaku apabila pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 20 kes malaria dalam kalangan warga asing yang masuk untuk bekerja di tapak pembinaan lebuh raya di Kampung Machang, Hulu Terengganu.
Dr Kasemani berkata ekoran peningkatan kes itu KKM telah membuat saringan di kampung berkenaan dan dua kampung sekitar iaitu di Kampung Kua dan Pengkalan Ajal.
"KKM telah melakukan langkah kawalan di kawasan terlibat antaranya meminta majikan menyediakan penempatan pekerja yang lebih baik untuk memudahkan kerja kawalan penyakit seperti melakukan semburan dinding selain pihak majikan perlu menyediakan kelambu berubat," katanya.
Beliau berkata individu yang sering melakukan aktiviti memasuki kawasan hutan yang berisiko pula perlu memakai pakaian lengkap yang menutup tubuh, tidur di dalam kelambu berubat dan menggunakan semburan racun serangga nyamuk.
Dr Kasemani juga menasihatkan orang ramai agar mendapatkan rawatan awal sekiranya mengalami gejala malaria seperti demam, sejuk menggigil dan berpeluh serta lemah badan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024

Datuk Dr Kasemani Embong melihat sampel nyamuk tiruk yang menyebarkan penyakit demam malaria di sebuah gerai pameran sempena Malis Pelancaran Sambutan Hari Malaria peringkat negeri di Masjid Hadhari hari ini. - Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kes demam malaria import di Terengganu membimbangkan
Sebanyak 24 kes malaria import yang disebarkan oleh nyamuk tiruk ini membabitkan warga Rohingya, Bangladesh, Pakistan, India dan Papua New Guinea.